Sinopsis All That We Loved Lakonan Sehun EXO. Drama terbaru yang akan menemui peminat drama Korea adalah sebuah drama lakonan ahli kumpulan EXO iaitu Sehun. Drama yang bertemakan romance dan remaja ini akan menggandingkan sehun bersama pelakon cantik Jang Yeo Bin. Jom kita baca sinopsis drama all that we loved.

Sinopsis All That We Loved Lakonan Sehun EXO


Ini merupakan gandingan pertama EXO Sehun bersama Jang Yeo Bin, turut sama membintangi drama ini adalah pelakon kacak Jo Joon Young.


SINOPSIS ALL THAT WE LOVED (2023)~~

Menceritakan tentang Go Yoo ( Sehun) ialah pelajar sekolah menengah berusia 18 tahun yang tidak mempunyai apa-apa dalam dunia yang dia takuti dan dia mempunyai banyak perkara yang dia suka. 

Dia sangat baik dalam bermain bola keranjang, rakannya Go Joon-Hee (Jo Joon-Young) bersekolah di sekolah menengah yang sama. Markah akademik Go Joon-Hee sentiasa berada di puncak sekolahnya. 

Dia lemah dari segi fizikal dan dia menjalani pemindahan buah pinggang daripada Go Yoo. Sejak itu, Go Joon-Hee mengalami sindrom memori selular (ingatan yang dipindahkan melalui sel daripada pemindahan organ).

Go Yoo dan Go Joon-Hee kemudian jatuh cinta dengan pelajar pindahan Han So-Yeon (Jang Yeo-Bin) pada masa yang sama. 

Han So-Yeon cantik dan bijak, tetapi dia mempunyai rahsia yang menyebabkan dia menjauhkan diri daripada orang lain.

PROFIL ALL THAT WE LOVED ~~

Drama ini akan ditayangkan 5 may ini di saluran TVING dan ditayangkan selama 35 minit untuk satu episod.

All that we loved ini mempunyai 8 episod keseluruhannya, jangan lupa nantikan tayangan perdana ok semua ~~

Post a Comment

Previous Post Next Post