Sinopsis Doctor Cha Drama Korea Terbaru Lakonan Uhm Jung Hwa. Drama Korea terbaru yang sedang viral di media-media sosial sekarang adalah Doctor Cha sebuah drama perubatan yang menggandingkan pelakon cantik Uhm Jung Hwa bersama Kim Byung Chul. Jom kita baca sinopsis drama Doctor Cha yang sedang viral di media sosial.

Sinopsis Doctor Cha Drama Korea Terbaru Lakonan Uhm Jung Hwa


Drama yang bertemakan perubatan dan komedi ini banyak diperkatakan di media sosial, banyak video singkatan dari episod drama doctor cha ini mendapat jumlah tontonan yang banyak di mediasosial.

SINOPSIS DOCTOR CHA (2023)~~

Mengisahkan tentang Cha Jeong-Suk (Uhm Jung-Hwa) yang berkahwin dengan Seo In-Ho (Kim Byung-Chul).

Dia bekerja sebagai ketua pakar bedah di hospital universiti dan mempunyai personaliti yang tegas, sensitif dan teliti. 

Sementara itu, Cha Jeong-Suk telah menjadi suri rumah sepenuh masa selama 20 tahun yang lalu, selepas meninggalkan kerjayanya sebagai doktor selama bertahun-tahun sebagai residen perubatan. 

Selepas bertahun-tahun, dia memutuskan untuk memulakan semula kursus residen perubatannya, kembalinya beliau di hospital suami beliau bekerja.

Mereka merahsiakan hubungan mereka namun pelbagai perkara lucu yang terjadi antara kedua-dua mereka semasa bertemu di hospital.

PROFIL DOCTOR CHA (2023)~~

Drama Doctor Cha mula ditayangkan pada 15 April yang lalu di saluran JTBC dan Netflix dan mempunyai keseluruhan 16 episod.

Doctor Cha merupakan drama yang menggantikan slot drama Divorce Attorney Shin. yang baru sahaja tamat.

Istimewanya drama ini adalah dibarisi oleh pelakon-pelakon yang hebat dan handsome , salah seorang darinya adalah Min Woo Hyuk yang membawa watak Roy Kim.

Watak anak kepada pasangan ini dibawa oleh pelakon kacak Song Ji Ho yang wataknya bernama Seo Jong Min.

Drama ini ditayangkan pada setiap hari sabtu dan ahad jam 10:30 malam di Korea manakala untuk Malaysia ampa semua boleh tengok dekat sini>> DOCTOR CHA (SUB)

Teruskan layan drama ini kerana banyak lagi episod-episod yang menarik akan datang ok ~

Post a Comment

Previous Post Next Post