Sinopsis Heartbeat Lakonan Ok Taecyeon Dan Won Ji An. Drama Korea terbaru yang bakal menemui peminat kdrama adalah bertajuk Heartbeat atau Heart Is A Beat. Sebuah drama yang menggandingkan pelakon kacak Taecyeon bersama pelakon cantik Won Ji An. Mari ramai-ramai kita baca sinopsis hearbeat lakonan Ok Taecyeon dan Won Ji An.

Sinopsis Heartbeat Lakonan Ok Taecyeon Dan Won Ji An


Sebelum itu, kalau korang nak tahu Taecyeon adalah member dalam kumpulan legend 2PM dan terkenal dengan drama Vicenzo.

Sementara itu, Won Ji An pula adalah pelakon baru yang semakin dikenali , beliau terkenal dengan drama D.P.

SINOPSIS HEARTBEAT @ HEART IS A BEAT (2023)~~

Mengisahkan tentang Sun Woo-Hyeol (TaecYeon) adalah separuh manusia dan separuh vampire, dia sangat ingin menjadi manusia yang lengkap, tetapi dia terlepas peluangnya kerana satu hari daripada 100 tahun. 

Dia ada sebab kenapa dia nak jadi manusia. Sun Woo-Hyeol ialah pengguna awal yang mesti menggunakan sesuatu yang baharu dan merupakan penentu arah aliran. 

Dia kebetulan terlibat dengan Joo In-Hae (Won Ji-An) yang bekerja sebagai jururawat-guru kontrak dan dia mengendalikan rumah tetamu. 

Oleh kerana latar belakang kewangannya yang lemah, dia melalui banyak kerja sambilan. Dia dikenali sebagai seorang yang berhati dingin oleh orang lain. 

Keadaan menyebabkan Sun Woo-Hyeol dan Joo In-Hae berkongsi rumah bersama. Hubungan mereka berkembang secara romantik.

PROFIL HEARTBEAT (2023)~~

Drama Hearbeat mula ditayangkan pada 26 June dan dijangka akan tamat pada 15 Ogos ini dan jumlah keseluruhan episod drama ini adalah 16.

Heartbeat juga adalah drama yang menggantikan slot KBS2 Isnin- Selasa yang sebelum ini menayangkan drama My Perfect Stranger.

Ditayangkan pada setiap hari Isnin dan Selasa pada jam 9:50 malam dan buat korang yang tengah drama ini yang ada subtitle boleh tengok sini >> HEARTBEAT (SUBS)

Jangan lupa bagi trending drama ini apabila ditayangkan ok ~

Post a Comment

Previous Post Next Post