Biodata HoonDoo Peserta Big Stage 5. Fenomena Big Stage datang lagi di Malaysia, kali ini rancangan nyanyian ini memasuki musim ke 5. Saingan untuk musim 5 ini dikatakan sangat sengit kerana peserta-peserta yang hadir kesemuanya mempunyai bakat yang sangat luar biasa. Salah satu peserta Big Stage 5 yang menjadi sebutan adalah pasangan duo dari Korea iaitu Hoon Doo.

Biodata HoonDoo Peserta Big Stage 5


Persembahan minggu pertama Big Stage 5 pada malam Ahad lalu dari HoonDoo berjaya memukau juri dan penonton , mereka menerima pujian akan keharmonian mereka berdua.

Pastinya ramai ingin mengenali siapakah gerangan dua jejaka Korea ini , jadi mari kita baca biodata HoonDoo di bawah.

BIODATA HOONDOO BIG STAGE 5 ~~

HoonDoo adalah gabungan 2 nama mereka berdua iaitu Seung Hoon dan Jin Soo , mereka terkenal dengan video cover lagu artis Malaysia di media sosial.

Salah seorang dari mereka iaitu Doo Jin Soo adalah seorang penggubah lagu dan penyanyi dan beliau juga merupakan guru vokal kepada beberapa penyanyi Korea.

Sementara itu, Seung Hoon pula merupakan pemegang lulusan muzik dan vokal , beliau merupakan penyanyi opera dan banyak pengalaman menyanyi di atas pentas.

OFFICIAL MEDIA SOSIAL HOONDOO~

Buat peminat baru kumpulan HoonDoo boleh follow official media sosial mereka di sini >> Hondoo_Official (group official IG).

Untuk personal media sosial mereka pula korang boleh follow >>Doo Jin Soo dan untuk Hoon >> HOONIVERSEON

Korang jangan lupa undi mereka di Big Stage 5 dan follow official media sosial mereka ok~

Post a Comment

Previous Post Next Post