Biodata Audrey Jam Repulic Peserta Street Woman Fighter 2. Demam rancangan tarian 'street' dari Korea Selatan masih lagi melanda peminat luar negara mahupun Korea. Rancangan ini sudah memasuki episod 8 dan sering menjadi sebutan , salah seorang peserta yang mendapat tumpuan sejak rancangan ini bermula adalah Audrey dari Jam Republic.

Biodata Audrey Jam Repulic Peserta SWF2


Audrey menjadi tumpuan ramai orang dek kerana kecomelan dan kehebatan beliau ketika menari solo semasa battle di dalam rancangan itu.

BIODATA  AUDREY JAM REPUBLIC (2023)~~

Nama sebenar beliau adalah Audrey Lane-Partlow (오드리) lahir pada 30 December 2003 dari Amerika , beliau berusia 19 tahun pada tahun 2023.

Di dalam rancangan Street Women Dancer 2 ini Audrey dipilih sebagai peserta yang paling banyak menerima sticker "No - Respect".

Rata-rata peserta memilih Audrey dek kerana usianya masih muda namun apabila misi battle pada episod 1 , ramai peserta-peserta mengiktiraf bakat street dance Audrey.

Audrey adalah salah seorang ahli dari kumpulan Jam Republic , mereka adalah salah satu kumpulan yang dari luar negara yang memasuki SWF2 kali ini.

Audrey merupakan peserta termuda untuk kumpulan mereka , Audrey merupakan salah seorang peserta favorite untuk musim ini.

Untuk peminat baru Audrey , korang boleh follow official media sosial beliau untuk tahu aktiviti beliau di Korea >>> @_audreylane_

Teruskan support Audrey dan Jam Republic yang masih bertanding di dalam rancangan Street Woman Fighter 2.

Post a Comment

Previous Post Next Post