Sinopsis Live Your Own Life Lakonan UEE dan Ha Joon. Drama Korea terbaru lakonan dari UEE dan Ha Joon akhirnya ditayangkan. Sebuah drama yang bertemakan kekeluargaan dan romance ini antara yang mendapat sambutan di Korea. Jom ramai-ramai kita baca sinopsis live your own life dibawah.

Sinopsis Live Your Own Life Lakonan UEE dan Ha Joon


Ramai tidak sabar untuk melihat keserasian antara Uee dan Ha Joon yang pertama kali digandingkan dan rupa paras kedua mereka sangat sepadan.

SINOPSIS LIVE YOUR OWN LIFE (2023)~~

Menceritakan tentang Lee Hyo-Sim (Uee) masih kecil, bapanya meninggalkan keluarga mereka, termasuk ibu dan dua adik-beradiknya.

 Melihat ibunya menangis, Lee Hyo-Sim memutuskan untuk menjadi anak yang baik. 

Selepas menamatkan pengajian dari sekolah menengah, Lee Hyo-Sim mendapat pekerjaan sebagai jurulatih kecergasan dan mula menyara keluarganya. 

Kini, Lee Hyo-Sim bekerja sebagai jurulatih kecergasan di sebuah gim di Gangnam. Dia masih mencari nafkah keluarganya dan berbakti kepada mereka. 

Entah bagaimana, dia mula mendahulukan dirinya dan cuba menjalani kehidupan berdikari daripada keluarganya. Keluarganya juga cuba berdikari dan berhenti hidup dengan Lee Hyo-Sim.

Sementara itu, Lee Hyo-Sim terlibat dengan Kang Tae-Ho (Ha-Joon). Dia adalah pengarah di bahagian perancangan sebuah syarikat besar. Dia pintar, yakin, dan seorang lelaki yang kelihatan baik.

PROFIL LIVE YOUR OWN LIFE ~~

Drama Live Your Own Life ditayangkan di saluran KBS pada setiap sabtu dan ahad pada jam 7 55 malam dan baru sahaja ditayangkan pada 16 september yang lalu.

Live Your Own Life menggantikan drama hit The Real Has Come yang baru sahaja tamat tayangan.

Selain Uee dan Ha Joon drama ini turut dibintangi oleh pelakon kacak Ko Joo Won , Sul Jung Hwan dan Kim Doh Yon.

Buat korang yang nak tengok drama ini boleh tengok di sini>>> 

Selemat menonton 

Post a Comment

Previous Post Next Post