G-Dragon Menafikan Dakwaan Menggunakan Dadah. Sekarang sedang heboh di Korea Selatan tentang penggunaan dadah oleh artis-artis berkelas A di sana. Berita ini terjadi setelah seorang pelakon popular Lee Sun Gyun tertangkap kerana menggunakan dadah.

G-Dragon Menafikan Dakwaan Menggunakan Dadah


Beberapa nama besar disebut-sebut mempunyai hubungan dengan aktor tersebut dan ada khabar angin mereka turut sama terlibat dalam kes ini termasuklah G-Dragon.

Setelah nama beliau disebut-sebut media Korea Selatan , G-Dragon tampil menafikan dakwaan beliau menggunakan dadah.

Pada 25 Oktober,  G-Dragon dilaporkan telah ditempah oleh  Incheon Metropolitan Police Agency di atas  tuduhan berkaitan dadah.

Polis Korea mengeluarkan kenyataan yang mereka tidak boleh mendedahkan "details" konkrit" mengenai kes ini kerana masih dalam siasatan dan mereka mengatakan bahawa kes ini disiasat tidak ada kaitan dengan kes aktor Lee Sun Gyun, kedua-dua kes ini berlainan.

Kenyataan dari G-Dragon selepas kes ini tersebar meluas di seluruh dunia :'

"Ini adalah Kwon Ji Yong. Pertama sekali, mengenai [dakwaan] itu , ia tidak ada yang betul , yang bahawa saya telah mengambil dadah. 

Selain itu, saya tidak mempunyai kaitan dengan laporan berita tentang pelanggaran Akta Kawalan Narkotik. yang baru-baru ini dihebahkan di media.

Tetapi kerana saya tahu ramai yang prihatin, saya akan memberi bekerjasama secara aktif dengan siasatan polis dan akan mengambil bahagian dengan sisatan ini dengan lebih fokus.

Post a Comment

Previous Post Next Post