Sinopsis Castaway Diva Lakonan Park Eun Bin. Pemenang 'Grand Prize' di Baeksang Awards 2023 akhirnya kembali dengan drama terbaru. Park Eun Bin yang namanya menjadi sebutan setelah membawa watak Attorney Woo di dalam drama extraordinary attorney woo dengan begitu baik sekali. Drama terbaru beliau bertajuk Castaway Diva.

Castaway Diva akan menemui penonton tidak lama lagi , jom ramai-ramai baca jalan cerita drama ini di bawah.

Sinopsis Castaway Diva Lakonan Park Eun Bin


SINOPIS CASTAWAY DIVA (2023)~~

Menceritakan tentang Seo Mok-Ha (Park Eun-Bin) yang merupakan seorang gadis muda yang cerdas dan positif yang tinggal di sebuah pulau. 

Impiannya adalah untuk menjadi penyanyi dan mengejar impiannya, dia memutuskan untuk menghadiri uji bakat yang diadakan di Seoul. 

Dalam perjalanan ke sana, dia terkandas di sebuah pulau terpencil. Selepas 15 tahun, Seo Mok-Ha diselamatkan dari pulau terbiar itu. 

Dia cuba menyesuaikan diri dengan dunia yang tidak dikenali, sambil mengekalkan sikap ceria, dan dia masih mengejar impiannya untuk menjadi seorang diva.

PROFIL DRAMA CASTAWAY DIVA~~

Drama Castaway Diva akan mula ditayangkan pada 28 Oktober ini di saluran tvN dan Netflix, drama ini turut dibintangi oleh pelakon kacak dan popular iaitu Cha Jong Hyeop.

Cha Jong Hyeop membawa watak bernama Kang Bo Geol , drama ini turut diserikan dengan leader VIXX iaitu Cha Hak Yeon atau lebih dikenali sebagai N.

Watak penting lain adalah pelakon cantik Kim Hyo Jin membawa watak Yoon Ran Joo di dalam drama ini.

Castaway Diva menjadi drama tumpuan untuk penghujung 2023 dek kerana ini merupakan drama comeback Park Eun Bin , rata-rata tidak sabar untuk melihat kehebatan Park Eun Bin menyampaikan watak beliau pada kali ini.

Jangan lupa tayangan perdana drama ini pada 28 Oktober ini , yang mana tak sabar untuk melihat drama ini boleh komen pendapat korang dibawah.

Post a Comment

Previous Post Next Post