Sinopsis Filem 12.12 : The Day Lakonan Jung Woo Sung dan Hwang Jung Min.Filem terbaru Korea yang sedang hangat menjadi sebutan adalam 12.12: The Day. Sebuah filem yang diterajui oleh pelakon popular Korea Jung Woo Sung dan Hwang Jung Min ini menjadi antara filem yang paling banyak ditonton di dalam 'box office".

Sinopsis Filem 12.12 : The Day Lakonan Jung Woo Sung dan Hwang Jung Min


Filem yang berdasarkan kisah benar ini berjaya menarik ramai peminat filem untuk ke panggung wayang untuk melihat jalan cerita filem ini. 

SINOPSIS 12.12: THE DAY (2024)~~

Mengisahkan tentang Jeon Doo-Gwang (Hwang Jung-Min) yang merupakan  komander Perintah Keselamatan Pertahanan dan pengasas kelab tentera rahsia Hanahoe. 

Dalam tempoh 9 jam pada 12 Disember 1979 di Seoul, Korea Selatan, Jeon Doo-Gwang mengetuai "Pemberontakan Tentera 12.12" dan mengarahkan penahanan seorang jeneral tanpa kebenaran daripada presiden. 

Lee Tae-Shin (Jung Woo-Sung), yang merupakan komander Perintah Keselamatan Ibu Kota, menentang pemberontakan tentera.


PROFIL FILEM 12.12: THE DAY

Filem ini memulakan pengambaran pada  February 2022 dan diambil dari kisah sebenar yang berlaku di Korea Selatan pada 12 December 1979.

Ditayangkan selama 141 minit bermula 22 November 2023 dan sehingga kini filem ini berada di kedudukan 6 terbaik box office.

Filem ini diarahkan oleh pengarah hebat Kim Sung Su yang juga merupakan penulis untuk filem 12.12: The Day ini.

Selain Jung Woo Sung dan Hwang Jung Min yang merupakan pelakon berkelas A di Korea , filem ini turut dilakonkan oleh pelakon popular dan kacak Jung Hae In.

Post a Comment

Previous Post Next Post