Sinopsis Marry My Husband Lakonan Park Min Young. Drama Korea yang sedang menjadi bualan peminat drama Korea adalah sebuah drama lakonan actress cantik Park Min Young yang bertajuk Marry My Husband. Drama ini tidak hanya mendapat sambutan hebat di Korea malah luar Korea , jom kita baca sinopsis marry my husband ini.

Sinopsis Marry My Husband Lakonan Park Min Young


Park Min Young merupakan salah seorang pelakon wanita yang berkelas A di Korea , jadi apa sahaja drama beliau pastinya mendapat tontonan dan sambutan yang hangat.

SINOPSIS MARRY MY HUSBAND (2024)~~

Menceritakan mengenai Kang Ji-Won (Park Min-Young) yang berkahwin dengan Park Min-Hwan (Lee Yi-Kyung). 

Kehidupan perkahwinannya tidak berjalan lancar disebabkan suaminya yang mementingkan diri sendiri dan ibunya yang demand tinggi. Kang Ji-Won adalah merupakan pencari nafkah keluarga mereka, manakala suaminya Park Min-Hwan menganggur dan berhutang. 

Kang Ji-Won juga melakukan semua kerja rumah sendiri namun suatu hari, Kang Ji-Won mengetahui dia menghidap kanser dan dia tidak mempunyai banyak masa lagi untuk hidup. 

Lebih memburukkan keadaan, dia menyaksikan suaminya dan kawan rapatnya Jeong Su-Min (Song Ha-Yoon) menjalin hubungan sulit. 

Dia bergelut dengan mereka berdua dan dia dibunuh oleh suaminya Park Min-Hwan. Detik seterusnya, Kang Ji-Won membuka matanya dan mendapati dirinya di masa lalu, 10 tahun lebih awal ketika dia berkencan dengan Park Min-Hwan. 

Dia memutuskan untuk mengubah hidupnya dengan membuat Jeong Su-Min berkahwin dengan Park Min-Hwan. Sementara itu, Yoo Ji-Hyeok (Na In-Woo) bekerja sebagai ketua di jabatan yang sama dengan Kang Ji-Won. Dia menyukainya dan dia perlahan-lahan mendedahkan perasaannya kepadanya. Dia juga ada rahsia.

PROFIL MARRY MY HUSBAND ~~

Drama Marry My Husband mula ditayangkan pada 1 January 2024 di saluran TvN menggantikan drama A Bloody Lucky Day.

Selain  Park Min Young drama ini turut diserikan dengan pelakon Lee Yi Kyung yang membawa watak suami kepada Park Min Young.

Pelakon kacak Na In Woo pula membawa watak tunggak utama bersama Park Min Young , watak beliau bernama Yoo Ji Hyeok.

Drama ini ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa pada jam 8:50 malam , untuk korang yang nak tengok drama ini yang ada subtitle boleh tengok sini>> MARRY MY HUSBAND (SUB)


Jumlah keseluruhan episod drama Marry My Husband adalah 16 episod dan dijangka tamat pada 20 February ini.

Jangan lupa layan drama ini sehingga habis ok~

Post a Comment

Previous Post Next Post