Biodata Kim Soo Hyun Pelakon Drama Queen Of Tears. Nama Kim Soo Hyun sangat dikenali di Korea Selatan kerana beliau merupakan pelakon berkelas A. Pastinya korang tertanya-tanya macam mana permulaan karier Kim Soo Hyun sebelum menjadi pelakon popular di seluruh dunia, jadi jom ramai-ramai baca dibawah.

Biodata Kim Soo Hyun Pelakon Drama Queen Of Tears


BIODATA KIM SOO HYUN (2024)~~

Nama sebenar beliau adalah Kim Soo Hyun sama seperti nama stage , lahir pada 16 February 1988 di Seoul Korea Selatan.

Beliau mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Kim Ju Na , bapa mereka adalah penyanyi di dalam band Seven Dolphins yang popular pada 80an yang lalu.

Ibu Kim Soo Hyun merupakan orang yang membawa Kim Soo Hyun ke kelas berlakon dan bantu beliau menghilangkan perasaan malu berdepan dengan orang ramai.

Pada 2007 beliau debut sebagai pelakon pembantu di dalam sitcom Kimchi Cheese Smile dengan watak yang juga nama Kim Soo Hyun.

Beliau menjadi watak utama pertama kali pada 2008 dalam drama Jungle Fish, sebuah drama yang diadaptasi dari cerita sebenar.

Nama beliau mula menjadi sebutan adalah setelah membintangi drama hit Dream High pada 2011, Dream High adalah drama musical remaja yang turut dibintangi oleh bintang2 idola hebat seperti IU, 2PM Taecyeon dan Wooyoung , 

Selepas itu , nama beliau mula dikenali diseluruh dunia , beliau muncul kembali dengan drama hit seterusnya iaitu drama sejarah Moon Embrasing The Sun.

2013 sehingga 2014 adalah nama dia berada di puncak apabila drama beliau My Love From The Star menjadi popular di seluruh dunia.

2024 ini beliau kembali dengan drama Queen Of Tears bersama pelakon cantik Kim Ji Won.

 MEDIA SOSIAL OFFICIAL KIM SOO HYUN ~~

Untuk peminat baru Kim Soo Hyun , korang boleh follow official media sosial beliau di sini >> soohyun_k216

Dekat sini korang boleh tengok aktiviti harian Kim Soo Hyun serta drama atau filem terbaru dari beliau ok.

Keep supporting beliau ~

Post a Comment

Previous Post Next Post