Biodata Go Youn Jung Pelakon Resident Playbook. Drama Korea  Drama Resident Playbook menjadi salah satu drama viral untuk tahun 2025 , nama pelakon Go Youn Jung turut sama menjadi sebutan ramai peminat drama di Korea mahupun luar Korea.

Jadi mari kita mengenali siapakah Go Youn Jung yang membawa watak bernama Oh Yi Young di dalam Resident Playbook

Biodata Go Youn Jung Pelakon Resident Playbook

BIODATA GO YOUNG JUNG ~~

Nama sebenar beliau adalah Go Youn Jung sama seperti nama stage beliau , lahir pada 22 April 1996 di Seoul , Korea Selatan.

Beliau adalah merupakan bekas pelajar Seoul Women's University , di sana beliau merupakan pelajar Seni Kontenporari.

Permulaan karier seni beliau adalah dengan menjadi model bermula 2019 , beliau menjadi model untuk beberapa jenama sukan seperti Giogia Armani , Nike dan juga model SK Telecom.

Beliau juga terpilih untuk menjadi model beberapa brand luar negara  Boucheron dan  Marithé et François Girbaud dari France.

Permulaan karier lakonan adalah didalam drama He Is Psychometric kemudiannya namanya semakin dikenali setelah membintangi drama hit Sweet Home pada 2020.

Lakonan beliau sering mendapat pujian baik dari peminat beliau mahupun dengan orang luar seperti lakonan beliau di dalam Law School berjaya menambat hati ramai peminat drama.

Sehingga kini , beliau telah membintangi beberapa drama hit seperti Moving , Alchemy Of Souls dan terbaru Resident Playbook.

MEDIA SOSIAL OFFICIAL ~~

Korang yang mana nak tahu lebih mendalam Go Youn Jung boleh follow official media sosial beliau iaitu >> @goyoungjung

Dekat sini korang boleh tengok aktiviti seni Go Youn Jung sama ada drama terbaru atau brand-brand yang beliau menjadi model.

Go Youn Jung juga bakal muncul dengan drama terbaru yang akan keluar tidak lama lagi bertajuk "Can This Love Be Translated".

Drama ini juga bakal di tayangkan di saluran Netflix tidak lama lagi dan hero untuk drama ini adalah Kim Seon Ho.

Teruskan support karier lakonan Go Youn Jung.

Post a Comment

Previous Post Next Post