Sinopsis Can This Love Be Translated Drama Lakonan Kim Seon Ho. Mana peminat Kim Seon Ho, sila hadirkan diri anda , drama terbaru beliau Can This Love Be Translated akan menemui penonton tidak lama lagi.

Sinopsis Can This Love Be Translated Drama Lakonan Kim Seon Ho


Setelah muncul kembali setelah kontroversi, Kim Seon Ho akan muncul dengan drama terbaru yang bertemakan romantik komedi bersama pelakon meningkat naik Go Youn Jung.

SINOPSIS CAN THIS LOVE BE TRANSLATED (2025)~~

Mengisahkan tentang Joo Ho-Jin (Kim Sun-Ho) yang merupakan jurubahasa berbilang bahasa dengan kemahiran bahasa yang luar biasa termasuk bahasa Inggeris, Jepun dan Itali. 

Dia mula bekerja untuk bintang Cha Moo-Hee (Go Youn-Jung) sebagai jurubahasanya. Dia mempunyai daya tarikan yang cerah dan sentiasa yakin.

PROFIL DRAMA CAN THIS LOVE BE TRANSLATED ~~

Drama Can This Love Be Translated adalah sebuah drama romantik komedi yang dilakonkan oleh pelakon cantik Go Youn Jung dan Kim Seon Ho.

Drama ini bakal ditayangkan di saluran Netflix dan TvN dan juga drama ini sedang melakukan pengambaran , tarikh tayangan drama akan diketahui nanti.

Selain Kim Seon Ho dan Go Youn Jung drama ini turut dibintangi oleh Lee Yi Dam dan pelakon meningkat naik Choi Woo Sung.

Nanti akan dikemaskini tarikh tayangan drama ini, tunggu taw.

Post a Comment

Previous Post Next Post