Biodata Park Bo Young Pelakon Our Unwritten Seoul. Drama Our Unwritten Seoul kini menjadi salah satu drama tending untuk 2025, watak heroin di dalam drama ini adalah Park Bo Young maka mari kita kenali Park Bo Young dengan lebih dekat.

Biodata Park Bo Young Pelakon Our Unwritten Seoul


Nama Park Bo Young sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kerana beliau merupakan salah seorang pelakon wanita top di Korea Selatan dan sering mendapat anugerah pelakon terbaik disana.

PROFIL PARK BO YOUNG (2025)~~

Nama sebenar beliau adalah Park Bo Young lahir di Bandar Jeungpyeong, Wilayah Chungcheong Utara, Korea Selatan pada 12 Februari 1990.

Park Bo Young mempunyai 3 orang adik beradik perempuan dan beliau merupakan anak kedua , bapa beliau merupakan askar yang bertugas di Pasukan Khas Briged selama 34 tahun.

Beliau merupakan graduan Jurusan Teater dan Filem di Jabatan Seni Persembahan Universiti Dankook.

Permulaan karier seni adalah pada tahun 2006 namun permulaan beliau adalah  dimana beliau muncul dalam filem pendek Equal pada 2005.

Kemudiannya beliau menjadi pelakon utama di dalam drama Secret Campus yang turut sama dibintangi pelakon lelaki top Korea iaitu Lee Min Ho.

Nama beliau mula menjadi sebutan apabila membintangi drama Scandal Makers berama pelakon senior Cha Tae Hyun.

Pada tahun 2010 sehingga 2011 beliau terpaksan menangguhkan aktiviti seni beliau kerana dia terlibat dalam beberapa siri pertikaian undang-undang bersama agensi pengurusannya dan syarikat penerbitan filem.

Beliau kembali berlakon pada 2011 dengan filem hit A Warewolf Boy yang dilakonkan beliau bersama Song Jong Ki. 

MEDIA SOSIAL OFFICIAL PARK BO YOUNG ~~

Sesiapa yang baru mengenali Park Bo Young melalui drama Our Unwritten Seoul boleh follow official media sosial beliau di sini >> @boyoung0212_official

Disana korang boleh tengok aktiviti harian Park Bo Young selain itu juga aktiviti seni beliau disana, akaun beliau memiliki 5.7 juta pengikut.

Aktiviti terkini Park Bo Young adalah beliau sedang muncul di dalam drama Our Unwritten Seoul dan sedang menjalani pengambaran drama Gold Land yang bakal ditayangkan pada 2026.

Teruskan support karier seni Park Bo Young.

Post a Comment

Previous Post Next Post