Biodata Moon Ga Young Pelakon Law and The City. Moon Ga Young nama pelakon wanita Korea yang cukup dikenali di Korea mahupun luar Korea, hari ini jom ramai-ramai kita baca biodata moon ga young.
Moon Ga Young sedang muncul di dalam drama Law And The City bersama pelakon popular Lee Jong Suk.
BIODATA MOON GA YOUNG (2025)~~
Nama sebenar beliau adalah Mun Ka-Young namun nama beliau turut dieja Moon Ga Young di media luar, lahir di Karlsruhe, Baden-Württemberg, Germany
Beliau lahir pada 10 Julai 1996 dan merupakan anak kedua dari dua beradik , dia bersama keluarga kembali ke Korea ketika beliau berusia 10 tahun.
Moon Ga Young merupakan bekas pelajar di sekolah perempuan dari sekolah rendah sehingga menengah , beliau mahir ballet dan fasih bercakap German dan English.
Karier seni beliau bermula ketika beliau masih kecil apabila beliau di scouted menjadi model kanak-kanak ketika berada dalam strolley bersama ibunya di tepi jalan.
Setelah kembali ke Korea, pak cik dan ibu beliau menghantar gambar beliau dan kakak beliau dalam pertandingan modeling secara suka -suka namun beliau terpilih menjadi salah seorang model fashion kanak-kanak.
Permulaan karier lakonan beliau adalah pada 2006 apabila beliau menjadi pelakon kanak-kanak untuk filem dan drama.
Drama pertama beliau adalah Fallen Angel, Jenny dan filem pertama beliau pula adalah Bloody Reunion.
MEDIA SOSIAL OFFICIAL MOON GA YOUNG ~~
Mesti ada peminat yang baru meminati Moon Ga Young setelah menonton drama Law and The City kan, korang boleh follow disini >>@m_kayoung
Moon Ga Young sedang muncul di dalam drama Law and the city dan akan muncul dalam beberapa drama dan filem lagi.
Teruskan support kerjaya lakonan dan model Moon Ga Young.
Post a Comment