Sinopsis The Nice Guy Lakonan Lee Dong Wook dan Lee Sung Kyung. Drama Korea terbaru bakal menampilkan pelakon kacak popular bersama pelakon cantik popular iaitu Lee Dong Wook dan Lee Sung Kyung dalam drama The Nice Guy.
Drama ini merupakan drama pertama yang menggandingkan Lee Dong Wook dan Lee Sung Kyung, drama ini menemui penonton pada 18 julai ini.
SINOPSIS THE NICE GUY (2025)~~
Drama ini menceritakan tentang Park Seok-Cheol (Lee Dong-Wook) yang merupakan cucu sulung daripada keluarga jenayah tiga generasi.
Tidak seperti orang-orang di latar belakangnya, dia seorang lelaki yang tidak bersalah yang mempunyai cinta murni untuk Kang Mi-Young (Lee Sung-Kyung).
Dia adalah cinta pertamanya dan dia bermimpi untuk menjadi penyanyi. Bagaimanakah hubungan antara Seok Cheol dan Mi Young selepas ini?
PROFIL DRAMA THE NICE GUY~~
Drama ini akan mula ditayangkan pada 18 Julai di saluran JTBC , drama ini dijangka akan berakhir pada 29 Ogos ini.
The Nice Guy merupakan drama bertemakan family bisnes , hubungan kekeluargaan , aksi dan melodrama.
Selain Lee Dong Wook dan Lee Sung Kyung drama ini turut dibintangi oleh Park Hoon , Oh Na Ra dan Ryu Hye Young.
Korang yang mana-mana nak share mengenai drama ini boleh komen dibawah ya.
Post a Comment