Sinopsis Good Boy Lakonan Park Bo Gum dan Kim So Hyun. Drama Korea yang sedang mendapat rating yang tinggi di Korea adalah Good Boy sebuah drama lakonan Park Bo Gum dan Kim So Hyun.

Drama ini menjadi tumpuan kerana gandingan dua pelakon hebat di dalam satu drama iaitu Park Bo Gum dan Kim So Hyun

Sinopsis Good Boy Lakonan Park Bo Gum dan Kim So Hyun


Kedua-dua namanya ini tidak perlu diperkenalkan lagi, Park Bo Gum yang popular dengan drama Reply 1988, Love In The Moonlight & When Life Gives You Tangerines manakala Kim So Hyun yang popular dengan drama Love Alarm , My Lovely Liar, The Tale of Nokdu dan banyak lagi.


SINOPSIS GOOD BOY (2025)~~

Drama yang menceritakan mengenai Yoon Dong-Ju (Park Bo-Gum) yang merupakan pemenang pingat emas tinju Olimpik namun dia melalui kesukaran dan kesusahan dalam hidupnya. 

Hasil daripana kerjayanya yang pemenang pingat Olimpik, dia mampu menjadi seorang pegawai polis dan dia memulakan kehidupan keduanya sebagai pegawai polis.

Ji Han-Na (Kim So-Hyun) pula adalah pemenang pingat emas menembak Olimpik, dia dikenali sebagai dewi menembak kerana rupa parasnya yang cantik dan disukai ramai. 

Oleh kerana insiden yang mengejutkan dunia, dia berhenti menembak sukan dan menjadi pegawai polis.

Yoon Dong-Ju dan Ji Han-Na, yang kedua-duanya menjadi pegawai polis selepas kerjaya pemenang pingat emas Olimpik, berjuang menentang dunia di mana sikap tidak bertimbang rasa dan ketidakadilan berleluasa.

PROFIL DRAMA GOOD BOY ~

Drama ini ditayangkan bermula pada 31 May sehingga 20 Julai dan sebanyak 16 episod keseluruhan drama Good Boy ini.

Tema drama ini adalah Polis , Aksi dan Komedi, drama ini turut dibintangi oleh pelakon senior popular Heo Sung Tae dan Oh Jung Se.

Pelakon kacak Lee Sang Yi turut sama membintangi drama ini sebagai Kim Jong Hyeon , drama ini juga adalah drama yang menggantikan drama Heavenly Ever After.

Korang yang mana tak tengok lagi drama ini boleh tengok di sini >> GOOD BOY (KDRAMA)

Untuk yang tengah dok layan drama Good Boy ini boleh share pandangan dan review korang mengenai drama ini dibahagian komen dibawah.

Teruskan support drama dari Park Bo Gum dan Kim So Hyun.


Post a Comment

Previous Post Next Post