Biodata Lee Jin Uk Pelakon Beyond The Bar. Drama Beyond The Bar diterajui oleh pelakon kacak Lee Jin Uk , mari kita kenali biodata Lee Jin Uk dengan lebih dekat.

Lee Jin Uk merupakan salah seorang pelakon lelaki Korea yang berada di level teratas dan banyak drama beliau mendapat rating tinggi.

Biodata Lee Jin Uk Pelakon Beyond The Bar

BIODATA LEE JIN UK (2025)~~

Nama sebenar beliau adalah 이진욱 sama seperti nama stage beliau iaitu Lee Jin Uk lahir pada 16 September 1981 di Cheongju, Korea Selatan.

Beliau adalah merupakan pelajar Universiti Cheongju dalam jurusan akting, sebelum itu beliau mengambil jurusan kejuruteraan alam sekitar sebelum menukarnya.

Mula terjun dalam dunia hiburan pada 2000 apabila beliau berjinak-jinak dalam dunia permodelan , beliau banyak menjadi duta komersial beberapa produk.

Pada 2005 beliau debut dalam dunia lakonan di dalam drama Resurrection dan kemudiannya diikuti beberapa drama lain pada tahun yang sama.

Nama beliau menjadi sebutan ramai setelah menjadi tunggak utama dalam drama romance iaitu Glass Castle pada 2008 dan pada 2012 dengan drama I Need Romance.

Lee Jin Uk banyak membintangi drama-drama hit seperti SQUID GAME, DOONA! , SWEET HOME dan beliau banyak menerima pujian dari peminat drama.

Dalam dunia perfileman , beliau memulakan karier di dalam filem pendek pada 2004 dalam filem MY NEW BOYFRIEND kemudiannya pada 2014 dengan dua filem iaitu MISS GRANNY  dan THE TARGET.

Untuk korang yang nak kenali Lee Jin Uk dengan lebih dekat boleh follow official media sosial beliau di >>> @jinuk0916

Beliau memiliki pengikut di sana sebanyak 1juta so make sure korang follow yang official taw untuk tahu aktiviti harian beliau.

Post a Comment

Previous Post Next Post