Sinopsis The Winning Try Lakonan Yoon Kye Sang. Drama yang ditunggu-tunggu lakonan pelakon kacakYoon Kye Sang dan pelakon cantik Lim Se Mi akhirnya ditayangkan bertajuk The Winning Try.

Sinopsis The Winning Try Lakonan Yoon Kye Sang

Drama ini menjadi tumpuan kerana ramai peminat drama tidak sabar untuk melihat chemistry antara pelakon-pelakon senior dan junior di dalam drama The Winning Try. 

Keserasian antara Yoon Kye San dan Lim Se Mi juga anak penyebab drama ini ditunggu-tunggu.

SINOPSIS THE WINNING TRY (2025)~~

Mengisahkan tentang Joo Ga-Ram (Yoon Kye-Sang) yang pernah menjadi pemain ragbi dan menjadi harapan kepada ragbi Korea. 

Dia mempunyai bakat dan potensi bintang, tetapi skandal dadah merosakkan segala-galanya, semua media sukan membuat liputan skandal dadahnya dan dia bersara daripada sukan itu di bawah stigma seorang penagih dadah. 

Pada 3 tahun kemudian, dia kembali sebagai jurulatih kontrak untuk pasukan ragbi sekolah menengah tempat dia pernah bermain namun pasukan ragbi itu pasukan paling lemah dalam liganya. 

Sebagai jurulatih, Joo Ga-Ram menunjukkan karisma yang tiada tandingan dan keupayaan kepimpinan yang tidak berkompromi. 

Dia juga bertemu semula dengan bekas teman wanitanya Bae I-Ji (Lim Se-Mi), yang merupakan jurulatih menembak di sekolah menengah yang sama. 

Mereka berpacaran selama 10 tahun, tetapi, selepas skandal dadahnya, Joo Ga-Ram menghilangkan diri. Kini, mereka bersatu semula semasa bekerja di sekolah menengah yang sama.

PROFIL DRAMA THE WINNING TRY ~

Drama The Winning Try ditayangkan di saluran SBS bermula pada 25 Julai dan episod akhir dijangka pada 30 Ogos 2025.

The Winning Try adalah drama yang bertemakan sukan , komedi dan remaja dan jumlah keselurahan episod drama ini adalah 12 episod.

Specialnya drama ini adalah kerana ia turut dibintangi oleh pelakon baru meningkat naik iaitu Kim Yo Han yang membawa watak kapten pasukan ragbi yang bernama Yoon Seong Jun. 

Jangan lupa layan drama ini sampai habis taw ~



Post a Comment

Previous Post Next Post