Biodata Lee Chae Min Pelakon Bon Appetit, Your Majesty. Pelakon Korea yang sedang meningkat naik namanya dek kerana bakat lakonan yang luar biasa serta memiliki fizikal yang kacak , mari kita kenali Lee Chae Min.

Lee Chae Min merupakan nama pelakon lelaki baru Korea yang sering dibicarakan dan menjadi tumpuan baik peminat drama Korea mahupun orang biasa kerana mempunyai bakat lakonan yang luar biasa dan drama hit Crash Course in Romance adalah drama yang menaikkan nama beliau.
BIODATA LEE CHAE MIN (2025)~~
Nama sebenar beliau adalah Lee Chae Min sama seperti nama stage beliau , lahir pada 15 September 2000 di Goyang Korea Selatan.
Lee Chae Min tidak hanya berbakat dalam lakonan namun sebagai pengacara, beliau merupakan pengacara rancangan Music Bank pada 2022 sehingga 2024.
Beliau adalah pelajar Universiti Seni Kebangsaan Korea dan baru sahaja debut dalam industri hiburan Korea pada tahun 2021
Sekarang beliau ada artis dibawah naungan syarikat Gold Medalist yang dimiliki oleh pelakon popular Kim Soo Hyun.
Tinggi Lee Chae Min adalah 190 cm , nama beliau di dalam tulisan Korea adalah seperti 이채민.
Permulaan karier lakonan beliau adalah dengan membintangi drama High Class pada 2011 , beliau membawa watak Ahn Seung Jo.
Pada 2024 beliau menjadi pelakon utama di dalam drama Netflix yang bertajuk Hierarchy bersama Roh Jeong Eui yang juga pelakon baru meningkat naik.
Beliau akan muncul dengan satu lagi drama sebagai watak utama iaitu Bon Appetit, Your Majesty bersama pelakon popular Im Yoona.
Korang boleh follow official media sosial Lee Chae Min yang akan update mengenai aktiviti seni beliau di sini >> l.c.m____
Teruskan support pelakon baru yang sedang meningkat naik ini.
Post a Comment