Biodata Amad Peserta Talk To My Manager. Rancangan terbaru Astro Talk To My Manager baru sahaja ditayangkan minggu lepas dan mendapat sambutan yang luar biasa dari penonton, salah seorang yang menjadi sebutan setelah rancangan itu ditayangkan adalah Amad Talk To My Manager.
Malam minggu pertama itu , Amad yang juga merupakan anak saudara penyanyi No 1 Malaysia Siti Nurhaliza menyanyikan lagu Azimat Cinta dari Siti Nurhaliza menerima tepukan gemuruh dan standing ovation dari 2juri.
BIODATA AMAD TALK TO MY MANAGER ~~
Nama penuh beliau adalah Ahmad Dayyan bin Saiful Anuar lahir tahun 2012 , berusia 13 tahun pada 2025.
Amad mempunyai 3 orang adik beradik dan beliau adalah anak kedua , kakak beliau Umai juga merupakan seorang penyanyi muda yang sedang meningkat naik.
Ibu beliau merupakan Siti Nursairah binti Tarudin yang merupakan adik kepada Dato' Sri Siti Nurhaliza.
Nama Amad mula menjadi sebutan setelah klip nyanyian beliau viral di media sosial , kemudiannya klip beliau berduet bersama Siti Nurhaliza viral.
Korang yang baru minat Amad boleh follow official media sosial beliau :>>
TIKTOK : @_amad88
INSTAGRAM : @amaddayyan
Minggu pertama Talk To My Manager Amad berjaya mendapat tempat pertama dengan 88% , korang jangan lupa nantikan minggu seterusnya untuk melihat persembahan Amad.
Post a Comment