Sinopsis My Troublesome Star Lakonan Song Seung Heon dan Uhm Jung Hwa. Drama Korea yang baru mula ditayangka adalah My Troublesome Star yang dilakonkan oleh Song Seung Heon dan pelakon cantik Uhm Jung Hwa.

Sinopsis My Troublesome Star Lakonan Song Seung Heon dan Uhm Jung Hwa


Drama ini sebelum ditayangkan sudah menjadi tumpuan dek kerana watak utama yang cukup popular , Song Seung Heon popular dengan drama Autumn In My Heart dan Black manakala Uhm Jung Hwa popular dengan filem Marriage Is a Crazy Thing.

SINOPSIS MY TROUBLESOME STAR (2025)~~

Drama ini menceritakan mengenai Im Se Ra yang merupakan seorang selebriti popular namun dia tiba-tiba sahaja hilang. 

25 tahun kemudian, dia muncul sebagai Bong Cheong Ja (Uhm Jung-Hwa), yang merupakan seorang wanita biasa yang pertengahan umur. 

Dia hilan ingatan apa yang terjadi selama 25 tahun yang lalu, dia menyediakan persembahan kemunculannya yang penuh air mata untuk mendapatkan semula kenangannya yang hilang dan tempat bersinarnya. 

Sementara itu, Dokgo Cheol (Song Seung Heon) pula pernah menjadi seorang detektif yang bersemangat di jabatan jenayah kekerasan. 

Namun disebabkan kejadian yang tidak dijangka, dia diturunkan pangkat sebagai pegawai polis trafik.

Dia kemudiannya menyamar sebagai pengurus dan menjadi 'undercover', dengan harapan dapat kembali ke jabatan jenayah kekerasan. 

Bong Cheong Ja, yang mendakwa sebagai bintang terkemuka Im Se Ra, muncul dan Dokgo Cheol menghadapi banyak perubahan yang menakjubkan.

PROFIL DRAMA MY TROUBLESOME STAR~~

Drama ini mula ditayangkan pada 18 Ogos dan episod akhir dijangka pada 23 September ini , ditayangkan di saluran ENA dan GenieTV.

Tema My Troublesome Star adalah romantik , komedi dan drama, jumlah keseluruhan episod adalah 12 episod.

Turut sama membintangi drama ini adalah pelakon cantik Lee El , Cha Chung Hwa dan pelakon lelaki berbakat Hyun Byun Sik dan Oh Dae Hwan

Dengan barisan pelakon yang mempunyai pengalaman lakonan yang banyak ini sudah pastinya drama ini akan menjadi salah satu drama komedi yang terbaik.untuk tahun 2025.

Korang yang mana nak tengok drama ni boleh tengok dekat sini>>> MY TROUBLESOME STAR (SUB).  

Yang mana dok layan drama ini boleh bagi komen dan review dekat bahagian komen mengenai drama ini okay.

Post a Comment

Previous Post Next Post