Biodata Kim Jong Kook Ahli Running Man. Baru-baru ini viral mengenai pengumuman ahli Running Man Kim Jong Kook akan menamatkan zaman bujangnya , mari kita kenali siapakah Kim Jong Kook ni dan bagaimana karakter beliau.

Biodata Kim Jong Kook Ahli Running Man


Running Man rancangan variety sangat popular di Korea dan seluruh dunia dan sudah ditayangkan selama 15 tahun lebih.

BIODATA KIM JONG KOOK (2025)~~

Nama sebenar beliau adalah ê¹€ì¢…êµ­ iaitu Kim Jong Kook lahir pada 25 April 1976 , tahun 2025 Kim Jong Kook berusia 49 tahun.

Kim Jong Kook lahir di Seoul, Korea Selatan dan beliau memiliki seorang abang yang bekerja sebagai doktor dan beliau adalah anak bongsu.

Beliau merupakan seorang penyanyi , pengacara dan pelakon , memulakan karier pada tahun 1995 apabila beliau debut sebagai kumpulan duo yang bernama TURBO.

Jong Kook adalah bekas pelajar Universiti Hansei dengan Sarjana Muda Sastera (komposisi muzik).

Nama beliau mula dikenali selepas muncul dalam rancangan realiti popular Korea iaitu X-Man pada 2004 dan kemudiannya beliau muncul dalam rancangan Family Outing pada 2008.

Beliau semakin dikenali di luar negara selepas menyertai Running Man rancangan hiburan Korea yang popular di seluruh dunia.

Untuk korang yang nak follow aktiviti terbaru Kim Jong Kook boleh follow official media sosial beliau disini >> @kjk76

Antara drama lakonan Kim Jong Kook yang popular adalah The Producer (2015) dan A Girl Who Sees Smells sebagai cameo.

Kim Jong Kook akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi , teruskan support kerjaya Kim Jong Kook.


Post a Comment

Previous Post Next Post