Sinopsis You And Everything Else Lakonan Kim Go Eun dan Park Ji Hyun. Drama terbaru dari pelakon popular Kim Go Eun akan mula ditayangkan tidak lama lagi, Kim Go Eun bergandingan bersama Park Ji Hyun dalam drama You And Everything Else.

Sinopsis You And Everything Else Lakonan Kim Go Eun dan Park Ji Hyun


Kim Go Eun yang terkenal dengan drama Goblin pastinya membuatkan peminat beliau tidak tidur lena dengan kembali dengan drama terbaru selepas rehat 1 tahun dari dunia drama.

SINOPSIS YOU AND EVERYTHING ELSE (2025)~~

Menceritakan mengenai Ryu Eun Joong (Kim Go-Eun) yang kelihatan seperti seorang wanita biasa, tetapi dia mempunyai kejujuran dalam personalitinya yang menarik minat orang ramai. 

Kawan baiknya dan saingan seumur hidup adalah Cheon Sang Yeon (Park Ji Hyun), mereka pertama kali bertemu semasa zaman sekolah rendah. 

Cheon Sang-Yeon berasal dari latar belakang keluarga yang kaya dan dia seorang yang berbakat, Ryu Eun-Joong cemburu kepadanya, tetapi mereka menjadi kawan baik yang kadangkala paling membenci antara satu sama lain. 

Semasa remaja, 20-an dan 30-an, mereka akan terputus hubungan antara satu sama lain dan berhubung semula beberapa kali. 

Kini, mereka berusia 42 tahun. Ryu Eun-Joong bekerja sebagai penulis drama bersiri dan Cheon Sang Yeon bekerja sebagai penerbit filem yang berjaya.

Pada suatu hari, Cheon Sang Yeon tiba-tiba muncul di hadapan Ryu Eun-Joong setelah lama tidak ketemu.

PROFIL DRAMA YOU AND EVERYTHING ELSE ~~ 

Drama ini ditayangkan di saluran Netflix bermula 12 September ini dengan jumlah keseluruhan 15 episod.

Genre drama ini adalah drama, kehidupan , melodrama dan romance , diarahkan oleh pengarah popular Jo Young Min.

You and Everything Else merupakan drama yang turut dibintangi oleh pelakon kacak Lee Sang Yoon, pelakon cantik Gong Min Jung.

Pelakon lelaki Kim Gun Woo turut berlakon di dalam drama ini sebagai watak Kim Sang Hak , termasuk dalam salah seorang watak utama drama ini.

Seperti kita tahu drama terbitan Netflix pastinya menarik dan jalan ceritanya lain dari yang lain so korang jangan lupa taw tengok drama ini apabila ditayangkan.

Selamat menonton ~~

Post a Comment

Previous Post Next Post