Sinopsis Genie Make A Wish Lakonan Suzy dan Kim Woo Bin. Drama yang paling ditunggu-tunggu bakal ditayangkan tidak lama lagi , drama lakonan Suzy dan Kim Woo Bin bertajuk Genie Make A Wish.

Drama ini menjadi tumpuan kerana ramai tidak sabar untuk melihat kemunculan kembali dua pelakon cantik dan kacak Suzy dan Kim Woo Bin setelah drama Uncontrollably Fond pada 2016.
SINOPSIS GENIE, MAKE A WISH (2025)~~
Mengisahkan mengenai Genie (Kim Woo-Bin) yang merupakan roh yang keluar dari lampu dan dia penuh dengan emosi yang sangat berlebihan dan berulang-alik antara emosi yang berbeza.
Sementara GaYoung (Bae Suzy) seorang yang kurang emosi , berlainan dengan Genie watak mereka berdua.
Secara tiba-tiba dan kebetulan Ga Young memanggil Genie keluar dari lampunya dan dia diberikan 3 keinginan untuk dibuat.
Agaknya apakah permintaan dan keinginan Gayoung ?
PROFIL DRAMA GENIE, MAKE A WISH (2025)~~
Genie, Make A Wish adalah drama yang bakal ditayangkan di saluran Netflix bermula 3 Oktober ini dan jumlah keseluruhan episod adalah 12 episod.
Tema drama ini adalah komedi , romance dan fantasi , drama ini disebut di dalam bahasa korea adalah Da Yirueojiljini (다 이루어질지니)
Drama ini adalah drama kedua yang menggandingkan watak utama Suzy dan Kim Woo Bin dan semestinya keserasian antara mereka berdua tidak perlu disangkal lagi.
Pengarah untuk drama Netflix ini adalah Lee Byeong Hun dan Ahn Gil Ho yang merupakan pengarah hebat Korea.
Istimewanya drama ini ia turut dibintangi oleh Ahn Eun Jin pelakon cantik yang sangat berbakat, turut sama membintangi drama ini adalah Ko Kyu Pil dan Steve Noh.
Korang jangan lupa taw tayangan perdana drama ini pada bulan 10 ini !
Post a Comment