Sinopsis Queen Mantis Lakonan Go Hyun Jung dan Jang Dong Yoon. Drama Korea yang genrenya thriller akan mula ditayangkan tidak lama lagi , menggandingkan watak utama dari dua generasi merupakan salah satu keistimewaan drama Queen Mantis.

Drama Queen Mantis menggandingkan pelakon senior Korea Go Hyun Jung bersama dengan pelakon lelaki Jang Dong Yoon, ramai tidak sabar untuk melihat keserasian kedua-dua mereka.
SINOPSIS QUEEN MANTIS (2025)~~
Menceritakan mengenai Jung Yi Shin (Go Hyun Jung) yang merupakan seorang pembunuh bersiri yang diberi gelaran Mantis oleh orang ramai.
Dia telah membunuh 5 lelaki dengan kejam pada 20 tahun yang lalu , dia mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Cha Soo Yeol (Jang Dong Yoon).
Cha Soo Yeol sangat membenci ibunya seumur hidup , dia bekerja sebagai pegawai polis.
Pada suatu hari, berlaku satu kes pembunuhan , pembunuhan yang sepertinya meniru jenayah Mantis yang 20 tahun yang lalu, untuk mencari siapa pembunuhnya Cha Soo Yeol meminta bantuan ibunya.
PROFIL DRAMA QUEEN MANTIS ~~
Drama ini akan mula ditayangkan pada 5 September 2025 sehingga 27 September ini dengan jumlah keseluruhan 8 episod.
Tema drama ini adalah thriller , psychology , jenayah dan misteri, drama ini diarahkan oleh pengarah hebat Byun Young Joo.
Queen Mantis ditayangkan selama 1 jam 10 minit untuk 1 episod di saluran SBS dan saluran Netflix pada hari Jumaat dan Sabtu.
Post a Comment