Biodata Meerqeen Pelakon Thariq Ridzuan : His Treasure. Drama Melayu yang viral sebelum ditayangkan Thariq Ridzuan : His Treasure antara drama yang ditunggu-tunggu peminat drama Malaysia antaranya adalah kerana pelakon kacak Meerqeen , jadi mari kita baca biodata Meerqeen.

Biodata Meerqeen Pelakon Thariq Ridzuan : His Treasure

BIODATA MEERQEEN (2025)~~

Nama penuh beliau adalah Muhammad Shameer Shauqeen bin Shaiful Izam , beliau menggunakan nama stage Meerqeen lahir di Ampang, Selanggor.

Meerqeen merupakan anak sulung dari 5 beradik , beliau mempunyai 2 adik perempuan dan 2 adik lelaki dan tarikh lahir beliau adalah pada 4 Jun 2001.

Beliau adalah anak saudara kepada pelakon dan penyanyi lagenda Malaysia iaitu Safura Yaacob , Meerqeen adalah pemegang Diploma Jurusan Insuran.

Karier hiburan beliau bermula pada 2020 apabila beliau menyertai rancangan Hero Remaja 2019/20 , di dalam rancangan itu beliau berjaya mendapat tempat ke 3 manakalah juara dimenangi oleh Nadhir Nasar

Selepas tamat rancangan itu, beliau menerima banyak tawaran berlakon, drama pertama beliau adalah Angkara Cinta drama ini berjaya membuatkan ramai orang buka mata akan bakat lakonan beliau.

Untuk korang yang nak tahu update terkini mengenai Meerqeen boleh follow official media sosial beliau iaitu > @Meerqeen

Beliau juga popular di laman sosial tiktok dengan keletahan beliau di set pengambaran dan aktiviti harian beliau bersama adik beradik beliau, boleh tengok disini > @Meerqeen (TIKTOK)

Jangan lupa layan drama terbaru Meerqeen yang sedang ditayangkan iaitu Thariq Ridzuan: His Treasure okay !

Post a Comment

Previous Post Next Post