Sinopsis Tempest Lakonan Jun Ji Hyun dan Kang Dong Won. Drama gandingan dua pelakon hebat Jun Ji Hyun dan Kang Dong Won bakal ditayangkan tidak lama lagi bertajuk Tempest.

Sinopsis Tempest Lakonan Jun Ji Hyun dan Kang Dong Won


Nama kedua-dua pelakon ini sudah tidak perlu diperkenalkan lagi , Jun Ji Hyun terkenal dengan drama My Love From The Star dan The Legend Of The Blue Sea sementara Kang Dong Won pula terkenal dengan filem Temptation Of Woles.

Apabila nama kedua pelakon ini diumumkan sebagai watak utama untuk drama Tempest ini ramai peminat drama menjadi teruja dan tidak sabar untuk melihat drama ini.

SINOPSIS TEMPEST (2025)~~

Menceritakan tentang Moon Joo (Jun Ji Hyu) yang merupakan seorang diplomat dan bekas duta ke Amerika Syarikat. 

Dia telah mendapat kepercayaan besar dalam masyarakat antarabangsa melalui pertimbangan dan tindakannya yang berwawasan. 

Pada suatu hari dia mengetahui bahawa terdapat muslihat politik di sebalik kes pembunuhan yang melibatkan Korea Selatan dan Utara. 

Manakala, San-Ho (Gang Dong-Won) pula adalah seorang askar upahan elit dan dia adalah seorang tokoh yang cukup misteri serta kerakyatan dan masa lampau beliau diselubungi rahsia dan tidak diketahui sesiapa. 

Moon Joo dan San Ho bersama-sama mengejar kebenaran di sebalik suatu insiden besar itu.

PROFIL DRAMA TEMPEST ~~

Drama Tempest ini akan mula ditayangkan pada 10 September ini sehingga episod akhir dijangka pada 1 October ini di saluran Disney+.

Setiap episod drama ini berdurasi selama sejam dan jumlah kesuluruhan episod drama ini adalah 9 episod. 

Tema drama ini adalah konspirasi politik, tipu daya antarabangsa dan juga percubaan pembunuhan, ini membuatkan drama ini special dari drama lain.

Korang semua jangan terlepas tayangan pertama drama ini taw pada bulan September ini okay.

Post a Comment

Previous Post Next Post