Sinopsis The First Ride Filem Lakonan Kang Ha Neul dan Cha Eun Woo. Filem terbaru yang bakal menemui penonton tidak lama lagi adalah filem dibintangi bintang-bintang popular seperti Kang Ha Neul dan Cha Eun Woo di dalam The First Ride.
Filem ini ditunggu-tunggu kerana barisan pelakon yang membintangi drama ini cukup popular , selain Kang Ha Neul dan Cha Eun Woo filem ini turut dibintangi oleh pelakon cantik Han Sun Hwa dan pelakon kacak Kim Young Kwang dan Kang Young Seok.
SINOPSIS THE FIRST RIDE (2025)~~
Filem ini mengenai Tae Jung (Kang Ha Neul) yang merupakan golongan elit dengan penampilan yang kacak dan latar belakang keluarga yang baik mempunyai perwatakan perfeksionis.
Do Jin (Kim Young Kwang) mempunyai impian untuk menjadi pemain bola keranjang, tetapi dia menemui matlamat baru melalui rakannya Yeon Min (Cha Eun Woo).
Yeon Min mempunyai impian untuk menjadi seorang DJ, yang membuat persembahan di festival muzik dunia.
Geum Bok (Kang Young Seok) telah fokus kepada agama sejak kecil manakala Ok Sim (Han Sun Hwa) adalah seorang yang bertindak, yang sentiasa mencapai kejayaan apabila dia membuat keputusan untuk melakukan sesuatu.
Mereka kawan berempat adalah kawan rapat yang telah mengenali antara satu sama lain sejak mereka kecil dan memutuskan untuk pergi ke luar negara pertama mereka bersama-sama.
Namun saatu siri peristiwa yang tidak dapat diramalkan berlaku.
PROFIL FILEM THE FIRST RIDE (2025)~~
Filem ini akan mula ditayangkan pada 29 Oktober ini bermula di Korea Selatan , tema filem ini adalah komedi dan adventure.
Rakaman filem ini bermula pada 21 March 2025 , korang boleh lihat komedi huru-hara tentang kawan-kawan lama 24 tahun yang memulakan perjalanan pertama mereka ke luar negara bersama-sama.
Korang nantikan update terbaru untuk tarikh tayangan filem ini untuk negara selain Korea okay.
Post a Comment