Sinopsis Last Summer Lakonan Lee Jae Wook dan Choi Sung Eun. Drama yang dinanti-nantikan oleh pelakon kacak Lee Jae Wook akhirnya bakal ditayangkan tidak lama lagi iaitu drama Last Summer bersama pelakon cantik Choi Sung Eun.

Ini merupakan Lee Jae Wook bergandingan bersama Choi Sung Eun sebagai watak utama di dalam sebuah drama yang berkonsepkan remaja , drama dan romance.
SINOPSIS LAST SUMMER (2025)~~
Mengisahkan tentang Baek Do Ha (Lee Jae Wook) dan Baek Do Yeong (Lee Jae Wook) yang merupakan saudara kembar, tetapi telah tinggal berasingan sejak ibu bapa mereka bercerai ketika mereka masih kecik.
Adik lelaki Baek Do Ha tinggal di Amerika Syarikat manakala abang Baek Do Yeong tinggal di Korea Selatan.
Baek Do Ha datang ke Korea Selatan dan tinggal di rumah dupleks bersama bapa dan abangnya Baek Do Yeong setiap musim panas selama 21 hari.
Sepanjang disini, beliau menghabiskan masa bersama Baek Do Yeong dan jiran sebelah Song Ha Kyeong (Choi Sung Eun).
Bapa Song Ha Kyeong juga berkawan baik dengan bapa kembar itu, Song Ha-Kyeong dibesarkan bersama dari kecil dan dia bertemu Baek Do Ha setiap musim panas.
Song Ha Kyeong sering bertengkar dengan tetamu musim panas Baek Do Ha, tetapi dalam masa sama mempunyai perasaan untuknya.
Dia tidak dapat meluahkan perasaannya kepada Baek Do Ha yang hanya melawat pada musim panas.
Kini mereka sudah dewasa, Baek Do-Ha bekerja sebagai arkitek berbakat dan Song Ha-Kyeong bekerja sebagai pegawai awam seni bina.
Oleh kerana insiden 2 tahun lalu, Song Ha Kyeong dan adik-beradik kembar itu menghadapi perubahan yang tidak dapat dipulihkan dalam hidup mereka.
Post a Comment