Sinopsis Ms Incognito Lakonan Jeon Yeo Bin dan Jinyoung B1A4. Pelakon cantik popular Jeon Yeo Bin akan membuat kemunculan semula dalam dunia drama bersama Jinyoung B1A4 di dalam drama Ms Incognito.

Sinopsis Ms Incognito Lakonan Jeon Yeo Bin dan Jinyoung B1A4


Jeon Yeo Bin sangat terkenal dengan drama hit Vincenzo bersama dengan Song Jong Ki dan Ok Taecyeon , kali ini beliau bergandingan bersama Jinyoung B1A4 di dalam Ms Incognito.

SINOPSIS MS INCOGNITO (2025)~~

Drama ini mengisahkan mengenai Kim Young Ran (Jeon Yeo-Bin) yang bekerja sebagai pengawal peribadi untuk pemilik Kumpulan Gasung. 

Dia berasal dari keluarga yang miskin dan hidupnya telah hidup sengsara kerana wang namun dia  mendapat peluang seumur hidup, yang boleh mengubah hidupnya sepenuhnya. 

Dia perlu melangsungka perkahwinan kontrak dengan pemilik Kumpulan Gasung yang tidak mempunyai banyak masa untuk hidup. 

Dan dia perlu menukar identitinya sendiri dan bertahan selama 3 bulan dengan identiti palsu, demi mengelakkan mereka yang mengejar warisan besar pemiliknya. 

Demi itu, Kim Young Ran diberi identiti palsu iaitu Bu Se Mi, yang berbeza sama sekali dengan dirinya, Bu Se Mi ini berasal dari latar belakang yang baik dan seorang yang sangat heart warm

Sebagai Bu Se Mi, dia mula bekerja sebagai guru tadika di sebuah kampung dan semua orang di kampung semuanya menyukainya dan memujinya sebagai wanita baik Bu Se Mi

Namun Jeon Dong Min (Jin Young) adalah satu-satunya orang yang berhati-hati terhadap guru yang sempurna. 

Jeon Dong Min seorang bapa tunggal , anaknya merupakan anak murid kelas Bu Se Mi, dia merupakan pengusaha strawberi di sana.


PROFIL DRAMA MS INCOGNITO ~~

Drama ini mula ditayangkan pada 29 September ini di saluran ENA & Genie TV dan dijangka akan berakhir pada 4 November ini dengan jumlah keseluruhan 12 episod.

Ms Incognito ini turut dibintangi oleh pelakon senior Mong Sung Geun yang membawa watak suami kepada Bu Se Mi.

Drama ini akan ditayangkan pada setiap hari Isnin dan Selasa selama 1 jam 10 minit pada jam 10 malam , drama ini menggantikan drama My Troublesome Star.

Korang semua make sure layan drama ini dari mula sampai habis taw nanti sebab drama ini lain dari yang lain dan bertemakan thriller , jenayah dan romance.

Jangan terlepas tayangan perdana ok~

Post a Comment

Previous Post Next Post