Sinopsis My Youth Lakonan Song Jong Ki dan Chun Woo Hee. Drama terbaru dari Song Jong Ki baru sahaja mula ditayangkan , sebuah drama yang menggandingkan beliau bersama pelakon cantik Chun Woo Hee.

Sinopsis My Youth Lakonan Song Jong Ki dan Chun Woo Hee

Ini merupakan drama pertama yang menggandingkan Song Jong Ki bersama Chun Woo Hee, pelakon cantik Chun Woo Hee sangat terkenal dengan lakonan yang mantap tidak kira siapa beliau digandingkan , drama ini menjadi tumpuan kerana ramai ingin tahu keserasian antara dua tunggak ini.

SINOPSIS MY YOUTH (2025)~~

Mengisahkan tentang Sunwoo Hae (Song Joong Ki) yang merupakan seorang pelakon kanak-kanak yang popular, yang bersinar pada masa mudanya. 

Disebabkan ketamakan orang dewasa , Sunwoo Hae kehilangan popularitinya, dia hampir tidak berjaya melalui kegawatan namun kini hidup dengan aman sebagai seorang novelis dan penjual bunga. 

Tiba-tiba, Sung Je Yeon (Chun Woo-Hee) muncul di hadapannya, Sunwoo Hae adalah cinta pertama Sung Je Yeon begitu juga Sung Je Yeon adalah cinta pertama Sunwoo Hae dan mereka membantu satu sama lain melalui masa paling susah dalam hidup mereka. 

Mereka bertemu kembali selepas 10 tahun dan kemunculan Sung JeYeon juga mengingatkannya pada masa lalunya.

Sung Je Yeon bekerja sebagai ketua pasukan untuk Feel Entertainment,dibesarkan dalam keluarga yang kaya, tanpa sebarang kebimbangan, tetapi keluarganya tiba-tiba jatuh ke dalam kehancuran. 

Dia kini hidup lebih serius daripada orang lain di sekelilingnya, dia didorong oleh realiti dan hanya mencari kejayaan dalam hidupnya. 

Bagi mencapai matlamatnya, dia menemui Sunwoo Hae, yang merupakan cinta pertamanya, dan memecahkan ketenteramannya. 

PROFIL DRAMA MY YOUTH ~~

My Youth mula ditayangkan pada 9 September di saluran JTBC dan dijangka akan tamat pada 10 October ini dengan jumlah 12 episod.

Drama ini ditayangkan pada setiap hari Jumaat pada jam 8:50 malam dan setiap hari Jumaat ini akan ditayangkan 2 episod.

Turut sama membintangi drama ini adalah Seo Ji Hoon pelakon lelaki kacak yang sedang meningkat naik serta pelakon wanita cantik Lee Joo Myung.

Korang yang nak tengok drama ini , korang boleh tengok di >>>My Youth (SUB) , buat yang tengah layan drama ini cer komen pandangan korang mengenai drama ini dekat bawah.

Selamat menonton semua ~~

Post a Comment

Previous Post Next Post