Biodata Kang Dong Won Pelakon Drama Tempest. Drama Korea yang sedang ditayangkan Tempest semakin mendapat tempat di hati peminat drama Korea, salah satu yang mencuri tumpuan adalah pelakon kacak popular Kang Dong Won yang membawa watak San Ho.

Biodata Kang Dong Won Pelakon Drama Tempest


Di Korea nama Kang Domh Won tidak perlu diperkenalkan lagi , beliau merupakan pelakon lelaki berkelas A dan mempunyai banyak filem hit antaranya adalah Temptation of Wolves dan  Peninsula. 

BIODATA KANG DONG WON (2025)~~

Nama beliau adalah Kang Dong Won @ Gang Dong Won lahir pada 18 January 1981 di Busan , Korea Selatan namun membesar di Changwon.

Beliau merupakan pemegang Ijazah dalam Kejuruteraan Mekanikal dari University Hanyang , beliau seorang yang sangat pandai dengan IQ 137.

Bapa beliau adalah seorang engineer dan merupakan naib presiden SPP Heavy Industries, Kang Dong Won bekerja part time untuk menangung yuran pengajiannya ketika ayahnya mengalami masalah ekonomi.

Permulaan karier hiburan beliau adalah dengan menjadi model pada tahun 2000 apabila dilamar oleh agent model pada ketika berada di tepi jalan.

Beliau menjadi pelakon muzik video pertama kali di dalam muzik video penyanyi popular Jo Sung Mo >> "I Swear"

Tahun 2003 beliau debut sebagai pelakon di dalam drama Something About 1% setelah mengambil kelas lakonan.

Nama beliau mula disebut-sebut apabila filem Temptation of Wolves ditayangkan , beliau dikenali di seluruh asia sehingga kini.

Kang Dong Won memiliki ketinggian 186 cm dan berat 68kg, beliau kini berada dibawah syarikat YG Entertainment.

Pada 2025 beliau muncul dengan karya sebuah drama dan sebuah filem, drama TEMPEST yang sedang ditayangkan dan filem DARK NUNS  yang ditayangkan pada march tahun ini.

Teruskan support kerjaya lakonan Kang Dong Won ok semua ~

Post a Comment

Previous Post Next Post