Sinopsis Shins Project Lakonan Han Sun Kyu dan Bae Hyun Sung. Drama terbaru 2025 adalah drama dari pelakon senior berbakat Han Sun Kyu bergandingan bersama Bae Hyun Sung di dalam drama Shin's Project.

Sinopsis Shins Project Lakonan Han Sun Kyu dan Bae Hyun Sung


Han Suk Kyu sangat popular di Korea kerana beliau sudah lama di dalam dunia lakonan serta mempunyai bakat lakonan yang tiada tandingan.


SINOPSIS SHIN'S PROJECT (2025)~~

Mengisahkan mengenai Encik Shin (Han Suk Kyu) iaitu seorang yuang mengusahakan restoran ayam. 

Dia mempunyai personaliti yang peramah dan pemurah serta bercakap dengan jelas dan dia  seorang perunding kejiranan.

Setiap kali ada  pertikaian berlaku antara jiran , mereka akan muncul di hadapan beliau dan dia menjadi pengantara pertikaian mereka. 

Dia menyelesaikan pertikaian dengan cepat dan tepat serta berjuang menentang ketidakadilan.

PROFIL DRAMA SHIN'S PROJECT ~~


Drama Shin's Project ditayangkan di saluran TvN bermula 15 September yang lalu dan dijangka akan berakhir pada episod 12 pada 21 Oktober.

Shin's Project ditayangkan pada hari Isnin dan Selasa pada jam 8:50 malam dan ditayangkan selama 1 jam per episod.

Turut sama dibintangi oleh pelakon senior Woo Mi Hwa yang membawa watak Madam Joo manakala watak Choi Cheol dibawa pelakon lelaki berbakat Kim Sung Oh

Drama ini sangat sesuai ditonton oleh segala lapisan umur kerana temanya adalah misteri, komedi dan bussiness.

Yang mana dah layan drama ini boleh komen dibawah mengenai drama ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post