Stray Kids Menang Besar di The Fact Music Awards 2025 di Macau. Pada 20 September telah berlangsungnya anugerah berprestif Korea iaitu The Fact Music Awards 2025 dan malam itu Stray Kids berjaya mendapat banyak anugerah.
Anugerah ini buat julung kalinya berlangsung di Macau dan dihadiri oleh barisan penyanyi dan penyampai anugerah yang popular.
Anugerah Stray Kids di TFMA 2025~
Pada malam anugerah itu ,SNSD Seohyun bersama Jun Hyun Mo menjadi pengacara anugerah itu dan mereka menjadi pengacara itu sejak musim pertama lagi.
Turut hadir pada malam anugerah itu adalah Stray Kids, NMIXX, Ive ,NexG, BoyNextDoor, , aespa, NCT Wish, ENHYPEN, ZEROBASEONE, TWS, Close Your Eyes, Hearts2Hearts dan ramai lagi.
Stray Kids merupakan pemenang terbesar pada malam itu, mereka menerima anugerah Grand Prizes pada malam itu.
Stray Kids yang dianggotai oleh Han , Changbin, Seungmin , Chan , LeeKnow, Felix , Hyunjin dan I.N menjadi tumpuan penonton pada malam itu.
Selain Daesang, Stray Kids turut membawa pulang anugerah Record of the Year , Artist of the Year dan TMA Popularity Award.
Anugerah Daesang untuk edisi 2024 dimenangi oleh AESPA dan sebelumnya dimonopoli oleh boy group popular BTS.
The Fact Music Awards 2025 berlangsung di Macao Outdoor Performance Venue dan dihadiri oleh ribuan peminat.
Post a Comment