Biodata Kim Min Ha Pelakon Typhoon Family. Tunggak utama drama Typhoon Family Kim Min Ha dan Lee Junho kini menjadi sebutan peminat , jom ramai-ramai kita kenali siapakah si pelakon cantik Kim Min Ha.
Kim Min Ha membawa watak Oh Mi Sook dalam drama Typhoon family dan bergandingan dengan pelakon dan penyanyi popular 2PM Lee Junho.
BIODATA KIM MIN HA (2025)~~~
Nama beliau adalah 김민하 iaitu Kim Minha lahir pada 1 September 1995 , berusia 30 tahun pada 2025 dan beliau lahir di Seoul Korea Selatan.
Kim Min Ha mula dikenali setelah drama Pachinko ditayangkan pada 2022, beliau mebawa watak Sunja, lakonan beliau menerima pujian ramai dan menerima banyak penganugerahan.
Beliau terjun ke dalam industri hiburan pada 2016 di bawah syarikat Noon , beliau menjadi salah seorang pelakon di dalam drama School 2017 pada 2017.
Min Ha juga merupakan bekas pelajar University Hanyang.
Korang yang mana nak tahu aktiviti hiburan Kim Min Ha boleh follow official media sosial beliau >>@MinHa Kim
Untuk tahun 2025 beliau muncul dengan dua drama , selain Typhoon Family beliau juga muncul Way Back Love sebagai watak utama bersama Gong Myung.
Terus nantikan next drama dan filem dan drama dari Kim Min Ha okay, sambil-sambil itu layan drama Typhoon Family yang sedang ditayangkan.
Post a Comment