Biodata Nubhan Peserta Gegar Vaganza 12. Rancangan nyanyian popular Malaysia Gegar Vaganza kembali dengan musim ke 12 dengan barisan peserta-peserta yang hebat, salah seorang dari peserta adalah Nubhan , mari kita kenal-kenal dengan beliau .

Biodata Nubhan Peserta Gegar Vaganza 12


Mesti ramai tidak sabar untuk dengar suara lunak Nubhan kan dan nak dengar Nubhan try pelbagai genre muzik kan.

BIODATA NUBHAN GEGAR VAGANZA 12~~

Nama penuh beliau adalah Ahmad Nubhan bin Haji Ahamad  lahir pada 2 April 1986 berusia 39 tahun (2025) di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Bapa Nubhan bernama Allahyarham Haji Ahamad Abdul Rahman manakala ibunya bernama Badariah Omar atau lebih dikenali Mak Jenny.

Nubhan mempunyai tiga orang anak , seorang lelaki dan dua perempuan yang bernama Aafiya Kamilia, Ahmad Aaffan dan Afzan Nayille.

Karier nyanyian Nubhan bermula apabila beliau memasuki rancangan Akademi Fantasia 6 dan beliau berjaya mendapat tempat ke 3.

Untuk korang yang nak tahu aktiviti harian Nubhan boleh follow official media sosial beliau >>@nubhan.ahamad dan >> @nubhan86

Nama Nubhan sudah tidak asing dari media dan peminat namun sebagai usahawan Sambal Mak Jenny tetapi sebagai penyanyi agak kurang, dalam GV12 ini korang boleh tengok bakat nyanyian Nubhan.

Jangan miss siaran langsung Gegar Vaganza 12 akan datang pada 2 November ini jam 9 malam di Astro Ria.

Post a Comment

Previous Post Next Post