Sinopsis Taxi Driver 3 Lakonan Lee Je Hoon dan Pyo Ye Jin. Drama popular Taxi Driver akan kembali dengan musim ke 3 dan dibarisi oleh barisan pelakon yang sama iaitu Lee Je Hoon , Pyo Ye Jin dan ramai lagi.
Drama Taxi Driver antara drama yang popular dan hit dari SBS, bermula dengan musim pertama dengan rating yang tinggi kemudiannya Taxi Driver 2 juga mendapat sambutan hangat maka diteruskan musim ke 3.
Taxi Driver adalah drama yang diadaptasi dari komik web Mobeomtaxi yang mempunyai banyak pengajaran dan jalan cerita yang menarik.
SINOPSIS TAXI DRIVER 3 (2025)~~
Mengisahkan tentang drama balas dendam peribadi tentang syarikat teksi Rainbow Transport dan pemandu teksi Kim Do Ki (Lee Je Hoon) yang membalas dendam bagi pihak mangsa yang teraniaya.
Dalam masyarakat di mana keadilan telah lenyap, panggilan telefon sahaja yang diperlukan.
Bersama Ahn Go Eun (Pyo Ye Jin), CEO Jang Seong Cheol (Kim Eui Sung), Choi Gyeong Gu (Jang Hyuk Jin) , mereka bergandingan melakukan misi yang diamanahkan kepada mereka.
PROFIL TAXI DRIVER 3~~
Drama Taxi Driver 3 ditayangkan di saluran SBS bermula 21 November ini dan dijangka episod akhir pada 10 January 2026.
Jumlah keseluruhan episod Taxi Driver 3 adalah 16 episod dan ditayangkan pada setiap Jumaat dan Sabtu jam 9:50 malam.
Post a Comment