Sinopsis The Manipulated Lakonan Ji Chang Wook dan Lee Kwang Soo. Drama popular yang ditunggu-tunggu akhirnya akan menemui penonton tidak lama lagi , dramanya adalah The Manipulated yang mana watak utama adalah Ji Chang Wook dan Lee Kwang Soo.
Drama ini dinamakan drama hit kerana ia dibarisi oleh barisan pelakon yang sangat popular dan berkelas A seperti Ji Chang Wook , Lee Kwang Soo , D.O (EXO) , Kim Jong Soo dan ramai lagi.
The Manipulated adalah drama yang bertemakan thriller jenayah balas dendam dan sesuai untuk tontonan umur 18 tahun ke atas. (pastikan adik or anak korang yang tak cukup 18 jangan tengok ok!)
SINOPSIS THE MANIPULATED (2025)~~
Mengisahkan mengenai Tae Joong (Ji Chang Wook) yang merupakan seorang lelaki biasa yang menjalani kehidupan biasa-biasa sahaja.
Namun, hidupnya berubah apabila pada suatu hari, dia secara tidak adil terlibat dalam jenayah keji dan dihantar ke penjara.
Tae Joong mendapati bahawa semuanya telah dirancang oleh Yo Han (Do Kyung Soo) dan dia membalas dendam terhadap Yo-Han.
PROFIL DRAMA THE MANIPULATED (2025)~~
Drama The Manipulated akan ditayangkan di saluran Disney+ bermula 5 November ini dan episod akhir pada 3 December ini .
Jumlah episod untuk drama ini adalah 12 episod dan diarahkan oleh pengarah hebat Kim Chang Joo manakala penulis adalah penulis Oh Sang Ho.
Selain Lee Kwang Soo , Ji Chang Wook dan Do Kyung Soo , drama ini turut diserikan dengan Jo Yoon Soo pelakon cantik yang membawa watak No Eun Bi.
Pelakon senior dan berbakat Kim Jong Soo dan Yang Dong Geun turut sama membintangi drama ini dengan masing-masing membawa watak No Yong Sik dan Yeo Deok Su.
Drama ini ditayangkan pada setiap hari Rabu so korang semua jangan terlepas peluang untuk tengok tayangan perdana pada 5 November ini okay.
Post a Comment