Biodata Lee Kwang Soo Running Man. Hi Hari ini nak kongsi dekat ampa mengenai salah seorang bintang Running Man. Sebelum itu nak tanya kat ampa, ampa taw kan pasai rancangan Running Man dekat Malaysia rasanya rancangan Korea yang paling banyak di tengok adalah running man so pelik juga kalau korang tak taw kan. Salah seorang bintang yang una nak share dekat ampa adalah biodata lee kwang soo.

Biodata Lee Kwang Soo Running Man


Untuk info, Running Man adalah variety show yang  paling lama di South Korea sudah lebih dari 11 tahun ia bersiaran di TV Korea.

Ramai sangat tidak menjangkakan rancangan Running Man akan bertahan sehingg ke hari ini disebabkan beberapa perkara terjadi, ramai bangga atas pencapaian ini.

Salah satu sebab Running Man bertahan sehingga hari ini adalah kerana ahli Running Man itu sendiri , hari ini aku nak kongsi dekat ampa mengenai Lee Kwang Soo.

BIODATA LEE KWANG SOO AHLI RUNNING MAN ~~

Biarpun sudah meninggalkan Running Man namun nama beliau masih tidak lekang dengan Lee Kwang Soo Running Man.

Nama sebenar beliau adalah Lee Kwang Soo sama seperti nama stage beliau , lahir pada 14 Julai 1985 berumur 37 tahun pada tahun 2022.

Lee Kwang Soo lahir di Namyangju, Gyeonggi Province, South Korea dan mempunyai seorang adik perempuan .

Beliau merupakan bekas pelajar degree di Institut Media dan Seni Dong-ah dalam bidang penyiaran , debut pada tahun 2007.

Tinggi pelakon kacak ini adalah 192 cm dan beliau tamat latihan ketenteraan sebelum beliau debut dalam dunia hiburan.

BAGAIMANA LEE KWANG SOO TERJUN DALAM DUNIA HIBURAN~~

Lee Kwang Soo memulakan karier beliau sebagai model pada tahun 2007 dan pada tahun 2008 beliau debut sebagai pelakon di dalam sitcom Here He Comes.

Selepas berlakon sitcom Here He Comes beliau berlakon di dalam sitcom komedi High Kick Through The Roof.

TAHUN 2010 TAHUN TERBAIK LEE KWANG SOO~~

2010 Merupakan tahun dimana Running Man ditayangkan , Kwang Soo merupakan salah seorang dari ahlinya.

Karakter yang dibawa oleh Kwang Soo yang suka mengumpat depan-depan, nasib yang malang dan sentiasa mengkianat membuatkan beliau dikenali.

Apabila Running Man menjadi viral di luar Korea , nama ahli-ahli Running Man menjadi sebutan dan selepas itu rancangan Running Man mendapat peminat yang sangat banyak dari luar negara.

Lee Kwang Soo juga merupakan salah seorang yang mendapat perhatian dari peminat luar negara , sejak itu beliau banyak mendapat tawaran menjadi duta produk popular.

Running Man berterusan mendapat sambutan dan Lee Kwang Soo turut membintangi drama dan filem sepanjang menjadi ahli Running Man.

Menerima gelaran Prince Of Asia dek kerana mempunyai peminat luar negara yang begitu banyak.

MENINGGALKAN RANCANGAN RUNNING MAN , KEPUTUSAN SENANG?~~

Tahun 2021 merupakan tahun yang sukar buat peminat Running Man apabila Lee Kwang Soo mengumumkan akan meninggalkan rancangan 10 tahun ini.

Keputusan ini sebenarnya berat untuk Lee Kwang Soo lakukan namun tahap kesihatan beliau tidak mengizinkan ditambah dengan beliau mahu focus kepada lakonan.

Sehingga sekarang 2022 biarpun lakonan beliau masih tidak mendapat perhatian namun beliau masih muncul di beberapa rancangan variety show bersama rakan pelakonnya.

Dengan Running Man , Lee Kwang Soo berjaya mendapat anugerah bermula dari Best New Artist sehingga Top Excellence Entertainer di SBS Entertainment Awards.

PROJEK 2022 LEE KWANG SOO~~~

Tahun 2022 , Lee Kwang Soo giat mempromosikan filem lakonan beliau yang bertajuk The Pirates: The Last Royal Treasure.

Untuk drama , Lee Kwang Soo akan kembali dengan drama The Murderer's Shopping List bersama Seolhyun AOA.

Drama ini bakal ditayangkan pada bulan March 2022 , korang jangan lupa layan taw drama ini akan disiarkan di saluran TvN.

Teruskan support aktiviti Lee Kwang Soo dan teruskan mengharapkan Lee Kwang Soo akan kembali kepada Running Man.

Selamat maju jaya Lee Kwang Soo.


Post a Comment

Previous Post Next Post