Biodata Dato Elaine Kang Peserta Gegar Vaganza 12. Peserta gegar vaganza 2025 kali ini terdiri daripada pelbagai lapisan umur, salah seorang peserta tertua gegar vaganza 12 adalah Dato' Elaine Kang namun kelihatan muda usianya.

Untuk musim ini, Dato Elaine Kang satu-satunya peserta berbangsa Cina yang menyertai rancangan ini dan sangat hebat adalah beliau melakukan persembahan dua minggu berturut-turut menggunakan lagu bahasa malaysia.
Jom ramai-ramai kita kenali siapakah Dato Elaine Kang ini dan korang boleh kenal lagu-lagu popular beliau.
BIODATA DATO' ELAINE KANG GEGAR VAGANZA 12~~
Nama beliau adalah DATO'LAINE KANG lahir pada 7 Ogos 1965 di Pulau Pinang, beliau berusia 60tahun (2025).
Beliau berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1981 bersama ibunya setelah ibu bapa beliau bercerai dan di Kuala Lumpur beliau menyanyi di hotel-hotel untuk mencari duit.
Ketika membuat persembahan di salah satu buah tempat, beliau mendapat perhatian dari syarikat Life Records dan beliau menjadi artis rakaman di bawah syarikat ini.
Lagu popular beliau adalah Maafkan Diriku tidak hanya popular di Malaysia namun juga di Singapura.
Post a Comment