Sinopsis Love Me Lakonan Seo Hyun Jin dan TWICE Dahyun. Drama tumpuan untuk bulan December 2025 adalah drama Love Me sebuah drama yang dibintangi oleh pelakon cantik Seo Hyun Jin dan ahli kumpulan idola popular Twice Dahyun.

Sinopsis Love Me Lakonan Seo Hyun Jin dan TWICE Dahyun


Buat peminat TWICE, drama ini pastinya ditunggu-tunggu kerana merupakan drama debut untuk TWICE Dahyun atau nama lakonan Kim Dah Yun, beliau pertama kali membintangi drama sejak debut.

Seo Hyun Jin pula merupakan pelakon wanita Korea yang berkelas A, ramai tidak sabar menanti drama terbaru dari beliau, beliau terkenal dengan mempunyai banyak drama hit.

Drama Love Me akan ditayangkan di saluran JTBC pada 19 December ini dengan jumlah keseluruhan episod 12 dengan bertemakan romance, melodrama dan drama.

SINOPSIS LOVE ME (2025)~~

Drama ini menceritakan mengenai Seo Joon Kyeong (Seo Hyun Jin) yang seorang bujang dan bekerja sebagai pakar obstetrik dan ginekologi.

 Dia kelihatan mempunyai kehidupan yang sempurna, dengan pekerjaan yang baik dan penampilan yang menarik, tetapi Seo Joon-Kyeong sebenarnya seorang yang sangat kesepian dan kesunyian. 

Dia menyimpan rahsia yang dia takut untuk mengakui iaitu dia melarikan diri dari keluarganya 7 tahun yang lalu, akibat kemalangan yang menyebabkan keluarganya runtuh. 

Untuk mengelakkan rahsianya daripada terbongkar, dia berusaha untuk hidup dengan lebih berani dan yakin. 

Tanpa diduga seorang lelaki kemudian muncul di hadapannya, lelaki itu adalah satu-satunya orang yang mengetahui tentang kesepiannya.


Post a Comment

Previous Post Next Post