Kedudukan Markah Minggu ke 4 Gegar Vaganza 2025. Malam Ahad telah berlangsungnya Gegar Vaganza 12 minggu ke 4 dengan tema Kolaboranza bersama artis jemputan.

Persembahan pada malam minggu ke 4 sangat happening dengan persembahan yang cukup mantap dari beberapa peserta dan artis jemputan.
KEDUDUKAN MARKAH MINGGU KE 4 GEGAR VAGANZA 12 ~~
Untuk anugerah Ikon Semangat No.1 CelcomDigi sekali lagi dimenangi Mark Adam, ia adalah hasil undian para peminat.
Seperti minggu- minggu sebelum ini yang berada di bottom 3 adalah Dato Elaine Kang , Shy8 dan minggu ini Korie turut berada bersama di bottom 3.
Setelah 3 minggu tanpa penyingkiran , hari ini telah berlakunya penyingkiran yang melibatkan dua peserta iaitu Dato' Elaine Kang dan Shy8.
Dibawah adalah kedudukan penuh markah minggu ke 4 :
1- ISKANDAR ISMAIL 84.25%
2- NUBHAN 78.25%
3- KRISYA 69.00%
4- MENDUA 68.25%
5- MARK ADAM 66.25%
6- SHAE 65.75%
7- MELL SAKURA 65.50%
8- RURI REPVLIK 64.25%
9- FRESHIES 63.25%
10- RAHMAT EKAMATRA 61.50%
11- KORIE 57.00%
12- SHY8 52.00%
13- DATO' ELAINE KANG 46.75%
Di kedudukan pertama minggu ini, Iskandar Ismail secara automatik merupakan pemenang Anugerah Adabi, Ada Beats untuk minggu ini.
Persembahan Iskandar Ismail bersama Liza Aziz mendapat pujian dari juri-juri dan penonton, keserasian mereka dalam menyampaikan lagu I Want To Spend My Lifetime Loving You sangat terbaik.
Dengan penyingkiran Dato' Elaine Kang dan Shy8 maka tinggal 11 peserta yang akan mara ke minggu hadapan.
Untuk peminat, korang boleh mulakan mengundi untuk bintang kegemaran korang untuk anugerah Ikon Semangat No.1 CelcomDigi, undi banyak-banyak okay.
Good luck~
Post a Comment