Member EXO D.O Kini Di Bawah Naungan Blitzway Entertainment. Seperti kita tahu beberapa member EXO telah keluar dari syarikat SM Entertainment beberapa tahun lalu untuk karier solo mereka.

Member EXO D.O Kini Di Bawah Naungan Blitzway Entertainment


Namun untuk aktiviti kumpulan EXO masih diuruskan oleh SM Entertaiment, untuk salah sorang member EXO ini iaitu D.O atau Doh Kyung Soo sebelum ini berada di bawah Syarikat SooSoo.

Syarikat SooSoo adalah merupakan syarikat milik ex manager dekat SM kemudiannya buat syarikat persendirian, dan D.O sign kontrak selama 2 tahun.

Kontrak beliau tamat awal bulan November dan beliau decide untuk tidak sambung kontak dan CEO syarikat SooSoo menghormati keputusan beliau.

Pada 5 November 2025 telah diumumkan Doh Kyung Soo @ D.O telah sign kontak bersama Blitzway Entertainment sebagai penyanyi solo dan pelakon.

CEO Syarikat Blitzway Hong Ming Ki berkata :  Melalui sistem pengurusan muzik kami yang baru ditubuhkan, kami akan menyokong sepenuhnya bukan sahaja kerjaya lakonan Doh Kyung Soo tetapi juga aktiviti muzik berkumpulan dan solonya.

Untuk info, Blitzway Entertainment adalah syarikat yang juga menguruskan pelakon popular seperi Jung Ryeo Won, Ju Ji Hoon, Chun Woo Hee, Moon Chae Woon dan ramai lagi.


Post a Comment

Previous Post Next Post