Sinopsis Love Barista Filem Lakonan Lee Kwang Soo. Filem terbaru yang bakal ditayangkan adalah Love Barista filem yang dilakonkan oleh bintang popular Lee Kwang Soo bersama pelakon cantik vietnam Hoang Ha.

Sinopsis Love Barista Filem Lakonan Lee Kwang Soo


Filem Love Barista menggandingkan watak utama dari dua negara iaitu Korea Lee Kwang Soo dan Vietnam Hoang Ha, diarahkan oleh pengarah Korea Kim Sung Hoon.

Lee Kwang Soo diberi gelaran "Prince Of Asia" sekali lagi membintangi filem romantik komedi, filem ini menarik perhatian luar Korea kerana populariti Lee Kwang Soo.

SINOPSIS FILEM LOVE BARISTA (2025)~~

Filem ini menceritakan mengenai percintaan yang menyeronokkan dan sukar diramalkan antara pelakon bintang terkemuka Korea dan seorang wanita Vietnam yang original dan biasa.

Kang Joon Woo (Lee Kwang Soo) merupakan salah seorang pelakon paling berjaya di Asia yang bermimpi untuk ke Cannes. 

Semasa pergi ke Vietnam untuk penggambaran komersial, Kang Joon Woo ditinggalkan sendirian dan tidak mempunyai wang.

Satu kebetulan dia bertemu Tao (Hoang Ha) yang merupakan seorang wanita Vietnam yang bercita-cita untuk menjadi seorang barista.

Kang Joon Woo melalui dunia baharu yang berbeza daripada cara hidupnya sehingga kini.

Post a Comment

Previous Post Next Post