Sinopsis Nice To Meet You Lakonan Lee Jung Jae dan Lim Ji Yeon. Drama Korea yang menampilkan barisan pelakon top iaitu Nice To Meet You mula bersiaran , drama lakonan Lee Jung Jae dan Lim Ji Yeon.

Lee Jung Jae nama yang sangat dikenali seluruh dunia dengan Squid Game manakala Lim Ji Yeon juga terkenal seluruh dunia dengan drama The Glory bergabung dalam drama romantik komedi Nice To Meet You.
SINOPSIS NICE TO MEET YOU (2025)~~
Menceritakan tentang Lim Hyun Joon (Lee Jung Jae) yang merupakan seorang pelakon popular, beliau seorang yang pakar dalam melakonkan watak detektif, tetapi dia bercita-cita untuk menjadi pelakon utama melodrama.
Sementara itu, Wi Jung Sook (Lim Jin Yeon) pula adalah seorang wartawan politik yang hebat dan memenangi anugerah wartawan termuda.
Dia terperangkap dalam skandal rasuah besar dan menyebabkan dia kehilangan jawatannya dalam jabatan politik.
Kemudian dia ditugaskan ke jabatan hiburan dan cuba menyesuaikan diri di sana, dua jabatan yang berbeza.
Tanpa diduga Lim Hyun Joon dan Wi Jung Sook terlibat antara satu sama lain dan mereka mencuba untuk mengatasi prasangka sesama mereka sendiri dan ia berubah secara beransur-ansur.
PROFIL DRAMA NICE TO MEET YOU ~
Drama Nice To Meet You mula ditayangkan pada 3 November dan jumlah keseluruhan episod drama ini adalah 16 episod.
Tayangan drama ini adalah pada hari Isnin dan Selasa pada jam 8:50 malam di saluran TvN, drama ini menggantikan drama Shin's Project yang tamat tayangan.
Korang yang mana dah tengok episod 1 boleh komen pandangan korang mengenainya di bawah okay~
Post a Comment