Biodata Ahn Eun Jin Pelakon Dynamite Kiss. Nama pelakon cantik Ahn Eun Jin kini mula menjadi sebutan setelah tayangan drama Dynamite Kiss, ramai memuji lakonan beliau jadi mari kita kenali Ahn Eun Jin.
Ahn Eun Jin sudah lama berada di dalam industri Korea namun nama beliau semakin dikenali setelah tayangan drama Dynamite Kiss , watak Go Da Rim memberi impak kepada perjalanan karier beliau.
BIODATA AHN EUN JIN (2026)~~
Nama sebenar beliau adalah AHN EUN JIN lahir pada 6 MAY 1991 (berusia 34tahun [2025]) di Seoul, Korea Selatan.
Ahn Eun Jin mempunyai seorang adik lelaki , beliau sangat menjaga privasi keluarga beliau dan hanya umur adik lelaki beliau sahaja yang diberitahu ke media.
Beliau adalah merupakan bekas Universiti Seni Kebangsaan Korea (KNUA) di bahagian Jabatan Seni Lakonan, beliau belajar disana bersama beberapa pelakon popular seperti Kim Go Eun , Park So Dam , Lee Sang Yi dan ramai lagi.
Mula memasuki dunia lakonan pada 2011 apabila beliau menjadi artis teater dan teater pertama beliau adalah The Sorrows of Young Werther.
Karier lakonan beliau bermula sebagai watak sampingan dalam drama LIFE (2018) , beliau membawa watak Lee Jeong Seon.
Nama Ahn Eun Jin mula menjadi sebutan setelah membintangi drama Hospital Playlist , watak beliau yang simple , jujur dan lakonan yang mantap di dalam drama ini membuatkan beliau menjadi sebutan.
Dengan drama Hospital Playlist beliau menerima anugerah Focus Award di Asia Artist Awards dan kemudiannya beliau menerima anugerah Top Excellence Award untuk drama MY DEAREST.
Lakonan beliau untuk drama My Dearest meletupkan lagi nama beliau kerana berjaya membawa watak Yoo Gil Chae dengan penuh emosi.
Pada penghujung 2025 nama beliau sekali lagi menjadi sebutan setelah membintangi drama Dynamite Kiss beliau juga mendapat peminat dari luar Korea dengan drama ini.
Untuk peminat baru boleh follow official media sosial beliau untuk tahu aktiviti seni beliau di >> @eunjin___a , beliau memiliki 2juta pengikut.
Nantikan drama terbaru dari beliau yang akan diupdate beliau sendiri tidak lama lagi.
Post a Comment