Sinopsis Dynamite Kiss Lakonan Jang Ki Yong dan Ahn Eun Jin. Drama terbaru dari pelakon kacak Jang Ki Yong untuk 2025 adalah drama Dynamite Kiss bersama pelakon cantik Ahn Eun Jin.
Drama Dynamite Kiss merupakan drama romantik komedi yang ditunggu-tunggu peminat kerana jalan cerita bersahaja dan penuh komedi.
Gandingan Jang Ki Yong dan Ahn Eun Jin di dalam drama ini menerima pujian dan keserasian mereka berjaya membuat penonton tersenyum menyaksikan drama ini.
SINOPSIS DYNAMITE KISS (2025)~~
Drama ini mengisahkan tentang Gong Ji Hyeok (Jang Ki Yong) yang bekerja sebagai ketua pasukan Mother TF di sebuah syarikat produk bayi dan dia seorang yang tajam, tenang, dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasnya.
Pada suatu hari, seorang ahli pasukan, Go Da-Rim (Ahn Eun Jin), tiba-tiba menciumnya dan ini meletakkannya dalam kedudukan yang sukar, kerana wanita itu seorang wanita yang sudah berkahwin.
Go Da Rim pula adalah seorang wanita bujang yang memerlukan pekerjaan untuk menyara dirinya, mendapat pekerjaan sebagai pekerja sementara di syarikat produk bayi tempat Gong Ji Hyeok bekerja.
Dia berbohong tentang latar belakangnya dan menyatakan bahawa dia telah berkahwin dan mempunyai anak untuk diambil bekerja di sana.
Dia kini bekerja di bawah Gong JiHyeok dalam pasukan Mother TF. Satu-satunya minatnya adalah untuk menjadi pekerja tetap di sana, tetapi dia mula menaruh perasaan terhadap Gong Ji-Hyeok.
PROFIL DRAMA DYNAMITE KISS ~~
Drama Dynamite Kiss ditayangkan di saluran SBS bermula 12 November sehingga 25 December dengan jumlah 14 episod keseluruhan.
Sepanjang tayangan drama ini, ia mendapat rating domestik yang tertinggi dan menjadi drama yang paling banyak ditonton untuk slot drama Rabu-Khamis.
Tidak hanya popular di Korea malah drama ini turut mendapat sambutan di Netflix (DYNAMITE KISS (ENG SUB) di Amerika dan Asia.
Yang mana dah layan drama ini boleh share pandangan korang mengenai drama ini okay~
Post a Comment