Kedudukan Markah Minggu ke 7 Gegar Vaganza 2025. Gegar Vaganza 12 telah memasuki minggu ke 7 pada malam Ahad yang lalu, bintang-bintang mula menunjukkan taring mereka pada minggu ini dan mula berani dan yakin di atas pentas.

Kedudukan Markah Minggu ke 7 Gegar Vaganza 2025


Permulaan rancangan pada minggu ke 7 seperti biasa diserikan dengan persembahan hos Nabil dan Sherry dengan lagu remix Picture Of You dan Stop dengan baik sekali.

KEDUDUKAN MARKAH MINGGU KE 7 GEGAR VAGANZA 12 ~~

Minggu ke 7 dengan tema MIXTAPE dapat kita saksikan pelbagai pembahruan dalam persembahan oleh kesemua bintang dan ada yang menerima pujian juri.

Juara untuk minggu ke 7 adalah MENDUA , mereka akhirnya kembali di kedudukan pertama setelah kali terakhir berada di no 1 pada minggu pertama, kedudukan markah lain adalah :


1- MENDUA >> 74.00%

2- MARK ADAM >> 69.50%

3- NUBHAN >> 69.00%

4- ISKANDAR ISMAIL  >> 66.50%

5- SHAE >> 65.50%

6- KRISYA >> 64.25%

7- RURI REPVLIK >> 63.75%

8- MELL SAKURA >> 60.75%

9- FRESHIES >> 59.75%

10- RAHMAT EKAMATRA >> 59.50%


Berada di kedudukan terakhir RAHMAT EKAMATRA diumumkan sebagai peserta yang tersingkir untuk minggu ke 7.

Dengan itu , 9 peserta mara ke minggu 8 minggu hadapan dengan tema yang mencabar iaitu Fun Fair Tok Ram , lagu persembahan mereka pada minggu hadapan akan dipilih oleh Tok Ram.

MARK ADAM sekali lagi menjadi pemenang untuk anugerah Ikon Semangat No.1 CelcomDigi, beliau memegang rekod pemenang anugerah ini sejak minggu ke 2 lagi.

Untuk fans bintang lain korang boleh mengundi jika mahu bintang kegemaran korang memenangi anugerah ini okay.

Jangan terlupa untuk tengok minggu ke 8 gegar vaganza ahad depan.

Post a Comment

Previous Post Next Post