Pengacara Untuk KBS Drama Awards 2025 Diumumkan. Hari ini KBS telah mengeluarkan senarai nama pengacara yang akan mengacarakan penyampaian anugerah KBS Drama Awards 2025.

Pengacara Untuk KBS Drama Awards 2025 Diumumkan


Setiap hujung tahun yang ditunggu-tunggu anugerah drama yang akan diadakan oleh stasion TV terbesar seperti KBS, SBS dan MBC.

Anugerah ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada para pelakon yang telah memberikan 100% komitmen mereka di dalam drama yang ditayangkan sepanjang tahun 2025.

Ia merupakan rancangan anugerah yang dinantikan para pelakon, sekiranya tercalon untuk top 5 hampir semua pelakon sudah merasai kemenangan kerana ia adalah dipilih 100% dari juri.

KBS pada 2 November telah mengumumkan bahawa pelakon cantik Nam Ji Hyun , pelakon kacak Moon Sang Min dan pengacara Jang Sung Kyu dipilih sebagai pengacara KBS Drama Awards 2025.

Jang Sung Kyu telah dipilih menjadi pengacara untuk KBS Drama Awards sejak 3 tahun berturut-tutrut, pada tahun lepas Jang Sung Kyu bergandingan bersama Moon Sang Min maka tahun ini merupakan kali kedua mereka bergandingan bersama.

Sementara Nam Ji Hyun dan Moon Sang Min, mereka berdua juga menjadi tumpuan kerana berlakon bersama di dalam drama My Beloved Thief dan drama mereka akan ditayangkan di saluran KBS pada awal tahun 2026.

KBS Drama Awards 2025 bakal berlangsung pada 31 December ini dan siaran langsung akan diupdate nanti ye.

Post a Comment

Previous Post Next Post